Friday, December 24, 2010

Tempek gambaq

Ni lah hasilnya BBQ kat Taman Negara Pulau Pinang, Sabtu lepas. Just a few pictures that i pick randomly. A few la sangat yang oiii! Actually semuanya ada dalam 400++ keping kot.













Nice place to visit. Kata Cuti-cuti Malaysia kan! But much much more nicer when we are together






For more info about Taman Negara Pulau Pinang, don't hesitate to contact this number 04-8813530. To book the boat, can simply call Abang Jenal at 019-5252061

Wednesday, December 22, 2010

Kamon bebeh kamon.

Totally can't wait for this Jumaat! (Hari penuh berkat tuh) Ohmaiiii. Cepatlah...

Nak balik rumah. Nak balik rumah. Nak balik rumah. Sedangkan nanti bila balik macam-macam la nak jadi, blablabla. Pastu dok pikiaq camni baek takyah balik.

Tapi bila dapat makan sesedap rasa (Semua yang dalam peti ais tu semua nak mengketedarah sedangkan biskut gula munchy je kot.. huhhh), terus rasa syurga betol dok rumah rupanya.

Actually, the syurga one is not about makan-makan or whatever that can make me belehak-belehak atas bawah sampai nak bawak perot pon dah angkat bendera puteh, but it is about gather ramai-ramai with the family (Ramai la sangat kalao setakat 5 orang kan).

Bila depan mata tu memang la! Suara nak tinggi jek, muka sememeh, ada je nak carik gadohnya.

Tapi kalao da dok lebih 2 marhalah ni, mulalah setat feeling rindu-rindu kunun setinggi Gunung Everest lah, sedalam Lautan Atlantik lah. Ecehhhh drama sangat kan (Tapi dalam hati je la) ;)

Ok. Full stop.


Jumaat pasti muncul, kecuali kiamat telah tiba




.
.
.
.
.




Buruk ke aku pakai shawl?
Baek cakap ikhlas! Gua langsung tak kesah lah! (Emo lak tetiba. Haha)

*Nak tak nak kena buang lense, pakai spek. Mata da pedih sangat-sangat kena air laut*

Monday, December 20, 2010

Selamat

Akhirnya selamat sampai ke bumi Kulim. Phewww penat-penat! Tapi aku suka trip BBQ kat Taman Negapa Pulau Pinang ni.

Ampon maaf kalao ada terlebih terkurang dari mula planning sampailah tamat trip. Harapnya semua gumbira. Makan cukup kan? Kan! Kan!

Kalao rajin nanti aku tempek banyak-banyak gambar kat sini. Yang pasti kat fesbuk da sebukit gambar sepanjang trip.

Sunday, December 19, 2010

Aku mahu topup FREE !!

Ni pon tag dari Dyana. Thanx beb



Kata tuan penganjur Humblemodest, ini first contest dia.



Ohh lupa jawab salam. Waalaikummussalam. Check list untuk menjoin contest ni:

* Kena jadik follower. Dah
* Buat entry pasal contest. Yeahhh ondeway. Tajuk entry pon da letak "Aku mahu topup FREE !!"
* Letak banner dalam entry. Udah paste
* Tinggal link kat komen. Dah tinggal
* Tag sekurang-kurangnya 2 orang (Ni yang lemah ni, asal kena tag orang laen mesti blur)
- Cik Abeelo
- Cik Niena

Tarikh akhir lambat lagi 17 Januari 2011. Jadi mari-mari adik kakak pokcik mokcik join contest ni. Hadiah? Pi tengok sendirik kat blog penganjur ;)



Bukti penyertaan



Sekian. Assalamualaikum

Wardah Ilmu First GiveAway

Dah dua kali Dyana tag aku untuk contest ngan giveaway. Dan dua-dua pon lom sempat buat. So, malam ni nak selesaikan hutang-piutang ngan dia. Nice kan? Ehehe



Ni link ke entry cik penganjur. GiveAway


Undang-undang pertandingan.
  1. Mesti jadi follower blog penganjur. Ok done
  2. 'Like' fanpage fesbuk "Best Tupperware". Ok done
  3. Buat satu entry pasal giveaway ni. Haa nak copy paste tadahal kata penganjur.
  4. Tag entry kat lima orang: Zureen - Najwa - Zophoro - Pipah - Kak Asma
  5. Tarikh tutup: 31 Disember 2010. Ok belom expired lagik.
  6. Isi borang penyertaan dengan tinggalkan link kat ruangan komen. Dah jugak


Cik penganjur kata hadiah adalah misteri. Jeng jeng jeng



Kalao dah rezeki, tak ke mana (Ayat penyejuk hati) ;)




nota-kaki: Rasanya memang ramai yang suka pakai brand Tupperware ni. Memang jadik pilihan mak-mak. Dah lah tahan lama, warranty lak seumur hidup. Berbaloi-baloi. Dah order satu bekas air Tupperware ngan Kak Ani, entah bilalah boleh dapat.

Friday, December 17, 2010

Demi esok hari!

Habis je kerja hari ni, terpaksalah bekerja keras. Begitu juga hosmet-hosmet. Cheeer, demi esok ;)



Moga dipermudahkan dan dijauhkan dari segala bahaya. Aminn

Sunday, December 12, 2010

Rupa-rupanya gelak itu satu ubat, Oooo

Sedang cuba mengkhatamkan Blog Anak Mat Nor.

Haishhh walaopon tahan-tahan taknak gelak, tapi las-las terguling-guling gak aku depan laptop ni.

Betol, tak tipu!

Gelak macam ni memang leh bawak masok mimpi ni (Kesian Cik Najwa tiba-tiba cuak bila aku gelak sengsorang waktu tido malam semalam. Kehkehkeh).



*
*
*
*
*



Sebenarnya ayat seterusnya adalah lebih berjela-jela tapi terus tekan button backspace sebab tiba-tiba rasa langsung tak cool macam Blog Anak Mat Nor ni.

Indah

Kadangkala Allah hilangkan mentari
Dan kemudian datangkan guruh
Rupanya kerna Allah nak berikan kita pelangi yang indah

0_o







Hohoho, entah bilalah nak ada duet berlebih-lebihan nak angkut Mini Cooper ni





7.35 am - 8.40 am
Empangan Mengkuang

Saturday, December 11, 2010

'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

Contest. Contest. Contest. Ni semua gara-gara Cik Najwa. Hehe.

Dan ni cik penganjur Peace Contest - Ezan Idma
click link to join the contest





My masterPeace. Ni gambar sebelom pergi maen bowling ngan Celesticos Tribe. Muka eksaited sungguh 0_o



Tata-tertib nak join contest ni adalah seperti di bawah *ceewah* :

1/ Follow belog tersebut. Ok dah follow pon ;)

2/ Ni memang sah-sah blog milik sendirik *Berlambak gambar sendirik kot. Hehe* dan memang warga Malaysia.

3/ Okayh da letak banner dalam entry ngan sidebar.

4/ Tag 3 orang. Hmmm hmmm hmmm siapa ae?
Ila
Zareen
Cik Min

5/ Komen da tinggal kat blog cik penganjur. Next...

6/ Entry tutup taon depan 1 Jan 2011.

7/ Hadiah? Ipod Nano kah? *Hee.. Hanya difahami segelintir orang sahaja*



Till then, sayonara

Wednesday, December 8, 2010

Pesanan mak

" Selamat menyambut awal muharam. Berhati-hati ketika memandu. "

Comei la pulak bila baca sms mak aku pagi tadi. Mentang-mentanglah da pandai taip-taip sms ni. Tapi dipercayai jugak yang sms ni ditaip oleh adik atao kakak aku sebab siap ada sempang kat word berhati-hati. Wahhh da maju. Hehe. Selalonya kalao mak aku yang taip, titik noktah pon takdak, mak aku hentam je taip semua dalam satu ayat. Bila baca tu pandai-pandai la ko nak letak sendirik mana koma, mana titik ;)





Dan bak kata status fesbuk seperti di bawah ini, ohohoho mao gila aku nak menghabiskan coklat-coklat dalam peti. Tu lah bila memesan, letak nafsu perot dalam otak, memang ni la azabnya. Haha. Bukan takut gemok *nampak sangat ayat cover siot*, tapi takut kolestrol. Jangan tak tahu, orang badan kecik molek pon leh dapat kolestrol tinggi dalam darah. Contohnya, tu haaa kakak aku. Berat tak sampai 45 kilo pon da ada kolestrol tinggi *amponnn kak, nak bagi contoh je ni*






Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah

source: iluvislam



Agak-agak senang tu, jom-jom sok petang baca doa awal tahun ngan akhir tahun ni ;)



Moga tahun 1432H ini menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan pada kita semua. Moga aku menjadi hamba yang sentiasa bersujud pada penciptaNya, anak yang lebih taat pada ibu dan bapanya, saudara yang lebih bertolak-ansur pada adik dan kakaknya, sahabat yang lebih memahami serta manusia yang lebih bertanggungjawab. Aminnn




p/s: Lusa da masok 1 Muharram 1432H. Sedihnya bila satu Kedah dapat cuti Maal Hijrah*Perlis pon cuti gak!*, orang-orang Celestica lak kena kerja. Cis-cis.

Monday, November 29, 2010

Tak guna lawa, kalao takdak orang nak masok meminang

Haha.. Nice one lah Cik Jah~ Pasni taknak la tanya soklan macam ni "Mak, cik lawa tak rini?" Takot-takot dapat jawapan yang sama gak ;)





Selamat Bertunang Kak Asma & Pah (tak pandai la nak tulis abang-abang ni. Hehe)




Selamat Pengantin Baru Kak Chik & Ijam (lek Kak Chik, sebulan je tu nak dok ngan mertua)





Berkawan biar seribu, bercinta biar satu
(Tapi ni macam statement untuk kaum pompuan je, sebab laki kan leh kawen sampai empat. Tak gitu?)




nota-kecik: Hanya mampu upload gambar bersama kostum ke majlis :0)

Friday, November 26, 2010

November ini

mereka 'ketawa' aku juga 'air mata' aku

selamat ulang tahun (27 Nov 198?) & (22 Nov 1994)





Thanx to IrineNadia *weewit ;)*, terus aku tiap-tiap hari layan lagu ni sampai buat ringtone henset. Aku taw Najwa pon suka gak kan. Hehe


Dadali Band - Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta




nota-hari-ni:
- I choose major in manufacturing. Moga-moga itu yang terbaek. Aminnn
- Pelik pulak bila anak-anak Kak Jah suka sangat nak berjalan. Haishhh. Moga selamat pergi & selamat pulang.
- Makcik-makcik ni tataw ke gadis-muda-remaja ni sangat la sensitip bila ditanya soklan "Pandai ke buat kerja ni?". Sentap la jugak, aku bab-bab masak ni memang awal-awal lagi angkat kaen putih. Sekian terima kasih
- 1:08 am - Rumah no 37 kat KTC, Kulim masih meriah dengan gelak ketawa. Haha. Macam la sok tak kerja kan

Tuesday, November 23, 2010

Menjelang Aidiladha

Cup cup, kita masuk iklan raya dulu (takdak kena mengena ngan iklan Nuffnang)



Sangat tacing okayh babak ni

Pabila seorang bapak melambai akan kepulangan anaknya


"Jalan baek-baek anakku. Ehh salah, naek bas baek-baek anakkku" ;)
Watak BAPAK (oleh lelaki berkaen pelikat)



"Beyeh bapak. Tapi sebelom tu, tak kan tak mao hulur sekeping dua kot pak" ;)
Watak ANAK (oleh abang rambot ketak.. weeewiit)




------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ini pulak.. betol-betol drama raya korban. Gua balik sehari sebelom raya. Tak dak half-half, memang full day gua kerja. Jam 5.30, sekali keluar dari production line, terkezut kau nengok akarium da bocor. Nasib baek segala spesis ikan (termasoklah ikan bilis, ikan jerung, ikan sardin dan mungkin jugak ikan duyung jantan) yang menghuni akarium tu sempat lari sebelom hanyut. Sampai je pintu keluar, rupanya satu kilang dah bah. Sumpah gelabah. Camna ni? Camna nak balik? Sok nak raya! Mak!!

Dah la macam-macam sokseksoksek gua dengar kat depan pintu tu. "Lampu isyarat depan kilang da naek air sampai lutut lah, depan hospital tak leh lalu lah." Aghuzubillahhiminasy syaitonirrajim "Kita redah je lah Ummu".

Jam da pukul 6, bas Ummu kat Butterworth pukul 7. Entah sempat ke tak, redha jela. Dah la nak kena singgah rumah ambik beg bagai. Nasib air da surut depan rumah. Terus rushing p stesen bas. Hujan memang sentiasa la kan.

Last-last sempat la jugak sampai stesen. Drop Ummu, terus pecut balik Peghelih. Tapi laju tak laju, habis meter pon 110 je leh sampai. Hujan punya pasal ngan kereta banyak atas highway, sampai rumah dekat-dekat pukul 10 la jugak. Mak da mesej kat mana, sebab tak pernah selambat tu sampai rumah. Tak kesah la kan, asalkan selamat.


Akarium bocor



Celestica kena ayaq bah. Nasiblah yang parking depan-depan tu



Pokok besar tumbang seberang jalan





- Akhir kata, Salam Aidiladha dari Encik Ramli, isteri & anak-anak -


Peace. No war

Sunday, November 14, 2010

Ohhh noo!! Something gonna hit UTP tomorrowwww..




Laahhh.. FINAL EXAM je ke?? Haha.

EXAM?! Ehh apa tu? ;)



Okayh Wani, sila behave! Jangan yippi-yippi sangat. Next sem kau pon gedik-kalut-malut cam diorang nak kena FYP bagai.


Member-member ICT-BIS ku.. Good Luck okayh!
*Ramai yang tak dapat balik cuti Raya Korban. Sabao-sabao, yang penting tu exam dulu kayh!*









Hopefully they still remember me as i am *tetiba je kan*

Wednesday, November 10, 2010

TAK SUKA WEH SELSEMA NI ;(

Masok hari ni, dah 2 hari gua MC (Selasa & Rabu). Hari Selasa p kerja lagi, bajet ok-ok je walhal bangun pagi anak tekak da rasa perit semacam. Nak masok tengah hari, terus cakap ngan Liew nak half day - selsema punya pasal. Dia cakap mc je. Siap halau-halau aku balik! Haha. Hambik kau, sampai esoknya gua sambung mc. Dari dok sok-sek-sok-sek sambil sebar virus kat kilang tu, baek gua dok rumah diam-diam, makan ubat segala warna tarik kain selimut. Kroh-kroh-kroh ;)

Ubat perlu dimakan -- Ubat selsema (aku mintak yang paling power, sure-sure yang mengantuknya, tak kesah la asal cepat baek), ubat sakit tekak (yang ni aku suka, sedap!), ubat demam, vitamin C. Siapa cakap sakit tu syiok?!





Gatai tangan lagi tengok gambar lama. Found this pic.
Well, Spot the Difference!! Hehee

Ni coursemate aku, Moh. Very-superb-pandai wa cakap lu! *Sambil tabik spring sama dia*

Tuesday, November 9, 2010

Ini amaran!

Okayh wani!! Da leh stop shopping la kot untuk bulan ni..
Ohh mungkin untuk bulan depan jugak!!
Sekarang da pandai ae hulur kad debit. Tunggu nak sign je. Ish3





Godek-godek album-zaman-muda-mudi-popyehyeh, jumpak gambar ni.
Tengok tengok!! Tiup belon pon bukan maen semangat lagi. Tabah je muka. Haha




Jangan kata semangat mai bila masok bab-bab bersuka-suki-tepuk-tepuk-tangan je, KELEJA pon semangat okayh! *Dengan harapan Liew tengok entry ni, pastu kasik iPod satu* lalalala





nota-kaki:

1) Nice one singgah Kajang. Makan sedap, tido sedap, shoping pon sedap gak *sambil kira duet syiling yang tinggal dalam wallet*

2) Mekasih-mekasih kat bapak Pot, mak Pot, abang Pot, adik-adik Pot & Pot la sekali. Boleh gemok ohh dok rumah ko Ila ;)

3) Camna pon keluarga tetap paling atas dalam hati. Ecece. Tak dapat balik rumah weekend lepas. Ayaq bah punya pasal. Janganla nak raya haji ada hal laen pulak. Deepavali da terlepas nak sambut sama-sama. Haha

4) Musim sejuk di bumi Kulim. Ni yang nak meleleh mukus-mukus ni. Nad cakap ubat dia CUTI! Beyehhh

Monday, November 1, 2010

Post Via (FB)

So klasik nasional. Tiga-tiga-sekupang ;)



Wooohooo.. Adakah anda terasa sedikit jeles melihat semakin ramai yang post fesbuk via I-Phone 4 atao via Blackberry atao via mana-mana celah lubang tak kesah la kan. Sila simpan jeles anda itu sekarang. Bak kata iklan tibi, dunia dah maju zaman dah berubah. Semuanya terjawab melalui website ini ohfacebook

Hohoho, remote astro, mesin atm, kalkulator saintifik semua ada. Nice nice




Ini contoh mereka yang telah mencuba. Dan lihatlah mereka, sangat gembira bukan?! Tryyyy jangan tak try okayh

Sunday, October 31, 2010

Sebut saja di mana. Kami pasti sampai!

Inilah prinsip kami CELESTICOS TRIBE!! Terboekkk. Hakhak. Poyo sangat ah nak pronsip-misi-visi bagai kan. Tapi betul! Tak tipu! Ajak la tengok wayang ke, nashmir ke, boling ke, karok ke, TENGOK BOLAAAAAAAAA ke, insyaallah, semua pon tadahal. No prob. Okek. Beyeh. Boleh-boleh. Tak kesah. Jangan tak taw, melawat orang bersalin pon leh masok dalam agenda taw


Ni stori malam Jumaat lepas. Ole-ole Super Bowl, Landmark Kulim. Macam biasa, first game, nampak la macam memberi persaingan seket kan. Masok second game, hampeh.



Majulah sukan untuk negara. Peace *abaikan sepah-sepah di belakang yer*



Okayh.. Ni kasar Dorang maen bontot la pulak




Zopo dengan temanya "Ganas Mutu Keunggulan". Ehhh silap-silap "Gaya Mutu Keunggulan" ;)
Najwa dan tudung syria nya. Pertama kali ke public, mungkin.



Adakah ini lambang cinta adik kecik pada 'abang'nya? Sila jawab! Haha



Aik memang menang gaya malam tu. Ohhh lupa, menang kaki slim jugak



Dalam satu malam, beliau telah bertukar dari tahap beginner ke intermediate. Kata beliau "Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong selama ini. Muahh-muahhh"



Maen cak-cak dengan Ponci




p/s:
1. Korang-korang, aku tak marah pon dengan korang taw. Kalao jumpak, jangan la tak tego. Sedeh taw. Hehe

2. Hiss - - Sah-sah porno abes lah. Perghhhhhhhhhh wa cakap lu. Selak sana selak sini. Melingkar sana melingkar sini. Weeeewittt. Kalo tanya ranking, 2/10 je gua kasik.

3. Seminggu takdak SV. Habis la aku demam rindu sama liew. Gagagaga.

Saturday, October 30, 2010

Post laju-laju

Da nak gerak pergi Landmark Kulim ni, mao usha Malika Sherawat sepam


  • Tadi dating berdua-duaan ngan nad, tengok muvi romantik lak tuyh.. uishhh

  • Tak sampai 2 jam SV aku setat holiday, hidop aku dah huru-hara. Muka da naek kelat semacam. Sori la siapa-siapa yang singgah meja, tak dapat nak layan korang mesra seperti biasa *dok mesra la sangat kan hehe*

  • Ohhhh, malam tadi aku dapat satu mimpi -- SV aku email. Dalam email tu dia tulis macam ni "Please take care of stencil of model _________________ *da tak ingat ayat pastu*" Dia send sharp pukul 3.00 am. Poyo ah gak kan. Dia cuti seminggu, aku lak lebey-lebey mimpi pasal kerja ;)



p/s: Agak-agak sampai tak hasrat nak dapat ipod nano dari Taiwan. Hakhak. Jahat ohhh Nad ngan Ponci. Tak dapat yang nano, dapat yang agak-agak lebey kurang pon jadi laaaaaaaaaaaaa ;P

Sunday, October 10, 2010

raya kali ni.. {sebelom}{2 3/4}

Ini sambungan kisah dari entry ni


Sebab hujan manja-manja gitu kat QB, terpaksa ah lokasi berpindah ke McD Sunshine

Mula-mula usha dulu line clear ke tak. Clear-clear.



Tengok! Dia tak perasan pon. Dok mesej sayang-sayang la kot ;)



Probnya, siapa nak bukak mukadimah dulu. Kanan tolak kiri, kiri siku depan, depan cubit belakang. Bajet pasang reminder lastu letak sebelah, sekali amik kau. Dah la setakat keluar buzzz buzzz, pastu skrin je kelip-kelap lebey-lebey. Memang mangsa langsung tak perasan la kan. Last-last, terkeluarlah ayat ni "Ehhh.. Zophor rini 4hb lah. Besday ko!! Tak ingat langsung kot. Sok la ae kita celebrate sama-sama" *Haha.. FAKEEEE gilos kan ayat ni. Aku ah tuyh ;) layan je la dari takdak kan* Zophor lak "Haah, alaaa takpe-takpe."



Alololo, tabah je ayat Zophor. Takkan la takdak pape kan. Jeng jeng jeng. Terus keluarkan plastik dari bawah meja



Sibuk gak nak tolong bukakkan



Sekali hambik kau. Terkezut makkkk... nokkks



Sekali ni yang keluar. "Nad!!!" *Tukang prank yang angin ahmar lak malam tuyh*



Jangan risao, jang risao. Cak cak cak. Ada lagi satu la



Kita potong sama-sama ae. Besday girlz dan advance besday girlz



Ni da setat kasaq niyh ;P



Satu single, satu double



Taiko malam tuyh. Jahat ohhhhh. Tapi sayang korang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails