Wednesday, March 31, 2010

weshh.. ingat tak besday mak hari ni?

haha.. tu ayat aku ngan akak aku pagi tadi. anak durhaka betol ley lupa besday mak sendirik. ish ish ish




so today is my mom's birthday ;)

happy birthday yer cik kathy

alwayz love u till my last breath




mata mak aku terbukak seket ja sebab dia gayat sangat naek kereta kabel +_+

Tuesday, March 30, 2010

SYABU-syabu~~

sambungan dari post ini. petangnya ke SYAbu-SYAbu pulak *jangan salah paham.. ini bukan rombongan cik kiah ke teluk senangin yer~~ kami laen-laen pakej okayh ;)* melantak tak hengat dunia boley tak. kang rugi lak bayar rm17 kan. ni la masanya penohkan perot~ malamnya ke LOTUS menonton evolusi kl drift. maap tapi lakonan scha time babak sedey dikatakan sama ngan bapok~ ini komen dari penonton laen jugak yer































tolonglah abaikan post sebelom ni~~

cuak je lebey kan.. sedangkan memory card tu boley je di'recover'. aishh wani wani *skang ni problem kecik pon da ley wat aku banyak susah hati*

yeayyy.. gambar dapat diselamatkan~ sama-sama kasih yang berlemon-lemon kat mereka atas usaha dan budi baek~~ Tuhan saja mampu balas. aminnn


nash & moh

siapa cakap lepak UTP hujung minggu itu BOHSAN??

kisah tak menarik.. gambar je lebey. ambil gambar kat tasik je da sampai 700++ *campur tak cantik, tak jadi, blur blablabla*. dari cuma ada aku, zopo ngan zureen pagi tu *semangat okayh 7.30 da siap-siap* pastu jumpak lak jasmaine, pikah, kathy ngan watip. kalau burung terbang atas pon dia jeling tengok apa kejadah la manusia-manusia dok bising pagi-pagi buta~~






























penat la upload gambar-gambar ni. beratus kot kalo nak tunjuk suma. more picture click here

Sunday, March 28, 2010

bila rasa looser sangat sangat sangat!

bila projek etp aku ada masalah.. aku boley sabar lagi. bila ada oang yang macam da abaikan kerja dia.. aku diam jek ngan budak tu. bila kepala serabut.. aku mengamuk dua tiga minit ja

tapi bila gambar 1000++ keping da hilang..aku tak taw kenapa aku boleh jadi emo sangat. aku cakap ngan member aku ok ja tapi hati masih susah~ wani wani. dulu time sekolah menengah aku suka pinjam baju akak *time masih muat lagi* pastu akak aku marah. time tu memang siap janji ngan diri sendiri. fine!! tak mau dah pinjam baju akak aku. tapi dua tiga hari pastu wat balik

sama gak kali ni. aku tak taw sebab apa gedik sangat nak pinjam dslr nash. walaopon risau *mahal kot* tapi semuanya okay sampaila time nak transfer gambar. maybe masalah ngan card reader kot. kalaula aku sabar dan tunggu kabel nash mesti semua ni tak jadi.

dah la satu haram gambar pon tak amik pakai enset. kalaula aku tak pinjam card reader tu. kalaulaaaa... maaf kawan-kawan. gambar semua da tak dak~~ huuhu




p/s: dua entry penoh ngan emo~~ sowiii. boley abaikan

serabut

marah


geram


nak mengamuk



*semua pon ada*



kadang-kadang rasa nak cakapkan apa yang tak puas hati tapi aku ni jenis dua tiga minit pastu mesti rasa bersalah. tadi dalam kereta kena talk seket *actually more to advice.very good one*. "kau kena cakap wani.. kalau tak blablabla" aishhh tu la lemahnya aku.. tak cukup kuat untuk bersuara~




bersabarlah wahai hati. Kau permudahkan untuk aku ya Allah. sesungguhnya aku tidaklah sekuat mana tanpaMu

Wednesday, March 24, 2010

zophor punya status gtalk~


studi pon payah.. apatah lagi nak jadi engineer.. cam ni nak tukar profession la. kalo bukak kedai kek okay tak? *ada hati nak bukak kedai kek sedangkan sebijik kek pon tak penah wat* ;) ;)


p/s: maap zopo~~ suka hati aku ja nak print screenkan gtalk kamooo. hee

biarlah buruk pon..

my art!! hakhak. wakluuu. art la sangat kan. lukis orang lidi pon ketar-ketar tangan. ni hasil keja time kelas econz sebelom balik cuti midsem. sori la cik zulkipli tak ley nak focus. kepala penin-penin. tapi tangan ley lak gedik nak conteng paper kan (;

Tuesday, March 23, 2010

Bancuh air, salin fotostat

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/03/23

Pelajar amali buat tugas remeh

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.

Beliau berkata, antara punca utama masalah itu ialah disebabkan pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan standard untuk diikuti syarikat yang menerima pelajar berkenaan. “Ketika ini, tiada perundangan atau peraturan yang mewajibkan syarikat menyediakan latihan industri kepada pelajar universiti, sebaliknya mereka memberi kerjasama sebagai tanggungjawab sosial,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul kerana pihak syarikat tidak jelas apakah output sebenar serta pengisian yang dikehendaki sepanjang tempoh latihan itu.

“Syarikat besar mungkin tiada masalah kerana ada modul latihan sendiri. Namun, kebanyakan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mempunyai modul itu dan terpaksa pandai-pandai sendiri memikirkan bentuk latihan kepada pelajar terbabit selama mereka menjalani latihan tiga atau empat bulan.

“Lebih memburukkan keadaan ialah pihak universiti tidak melaksanakan pemantauan secara berkala menyebabkan latihan industri dijalani pelajar sambil lewa saja. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana jika pelajar hanya menjalani latihan secara rambang, dikhuatiri hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan,” katanya. Shamsuddin berkata, perkara itu pernah dibangkitkan dalam perbincangan antara pihak industri, kementerian dan universiti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil.

Malah, katanya, masalah silibus itu ialah antara kekangan yang menyebabkan sebahagian industri keberatan atau tidak berminat untuk bekerjasama menyediakan latihan praktikal kepada pelajar universiti.

Beliau berharap pihak universiti atau kementerian dapat mengeluarkan segera templat silibus yang standard untuk panduan semua syarikat supaya program latihan itu memanfaatkan pelajar dan industri.

Katanya, kekangan lain yang turut dihadapi pihak syarikat ialah ketiadaan insentif tertentu sebagai galakan, di samping risiko menanggung beban sekiranya pelajar mengalami kemalangan ketika menjalani latihan.

“Bagi mengatasi kekangan ini serta menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat, kerajaan disaran memberi insentif seperti potongan cukai, terutama kepada syarikat yang membayar elaun latihan kepada pelajar, manakala pihak universiti wajar menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri,” katanya.


sumber: Berita Harian


p/s: adakah aku akan mengalami nasib yang sama macam tu?? kalo cam tu aku kena la blaja bancuh air sedap-sedap untuk bos. *kipas-kipas* ngehehe

Sunday, March 21, 2010

hasil menye'stalker' blog

ehhh.. aku bukan stalker tegar ae!! kadang-kadang jek kalo da boring tahap cipan pon boley mampos. mula la tangan ni gedik nak link link link. ada sekali aku usha-usha satu blog niyh.. aishhh ada lagu la plak *aku tak suka sangat blog yang maenkan lagu sebab kekadang aku pasang winamp, jadi macam-macam bunyik lak yang kuar* tapi kan lagu blog ni macam besh *harmoni seket, klasik seket-seket tapi tak la sampai ley masok klasik nasional kot* ~ so next visit.. ada lagu tu lagik. so aku pon bertanyakan kat cik google siapalah punya lagu kan.. siap dengar dianya lirik terus taip. then tadaaa...



AIMAN - Teman Biasa


Berdebar saat mula bersua
Kaku menahan kata terpesona
Dan malu segala bicara jiwa
Hingga angan terlena bila jumpa
Walau sepandang mata

Chorus :

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji ku

La la la la la la la

Sang bayu menyentuh renungan
Rupanya bayangan
Mainan perasaan berpanjangan

kehadiran bagi nya cuma
Ku teman biasa
Akur menerima

Chorus 2:

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji Ku

Melangkah momen ke momen
Mencari penjelasan
Sudah ku temui kenyataan
Tidak mudahnya berharapan

La la la la la la

Teman biasa

belon belon belon



cantik kan?? hari ni hari last. nak pergi harusla tak mampo kan.. tapi sekarang apa payah. kalau setakat teringin nak keliling satu dunia. tak payah susah-susah diri cam jackie chan *dalam round the world in 80 days* 0 nak kena kayos-rayos *pokcik kayo pokcik kayo* ~~ kita google sudey. hehe








Friday, March 19, 2010

aku suka baca buku teks!!

haha.. tipu ar tuyh kan!! ni pasal novel yang aku beli. tak minat baca sangat tapi beli la jugak kan. tak kesah la ramlee awang mursyid, nass alina noah, hlovate, norhayati berahim, ahadiat akashah.. suma pon aku belasah baca asalkan serasi ngan jiwa ;) buku english je akak ketaq lutut seket. rasanya novel sekolah je kot yang aku ley khatam..



tak sempat abes baca lagi, mr raizo da pinjam. ni mesti cik zureen promote lebey-lebey ni. hehe. ntah dia baca ke tak kan. takpe la since aku pon baca wat bedtime story je~~



boley tak motip aku beli sebab buku dia cam comei!! actually buku ni da dicompilekan dari 5 buah buku. alaa cerita budak-budak sekolah~ blog penulis



p/s: busy-busy pon sempat nak bernovel lagi kan. hakhak. tu suma alasan sajo~ +_+

Thursday, March 18, 2010

yang diTAG dan mengeTAG

actually tak taw pon siapa wani yg ditag itu.. tapi since kita kan sekampong.. aku pon ngan baek hati wat tag niyh.. hehe


1) You have to print screen wallpaper that you are using right now



2) Tell us why you like the wallpaper

dengan penoh kejujurannya.. wallpaper tu sangat fakee!! aku pakai wallpaper windows 7 je kot. tapi since nak kena print screen kan.. aku pon tukar yang ni. sebab apa hitam puteh?? muka aku memang hitam pon. no doubt la kan. lalala~~ puteh tu hati aku kot ;)


3) Tag 10 people...

*zureen-chan
*moh the scorer +_+
*teddy-j
*zophoro
*cik mon
*hakim
*e-mom (aku tak penah tengok dia wat tag sesape)
*ila nabilah

Thursday, March 11, 2010

cuti = ('0~,)

yeyeyye. sok nak balik rumah. say bubbye lah kan kat esemen, test, studi, etp *benda yang wat aku serabut lari ulang-alik blok 16 ngan 21 dalam 2 minggu ni* blablabla.


miss them like hell



nota 1: tadi kuar ipoh meronggeng. out with them remind me about my past. miss that old day so much ;)

nota 2: tiket balik perlis da dapat. nasib baek. koi 2 petang. ada siapa-siapa nak tumpangkan ke medan gopeng??

nota 3: back to business~~ meh-meh kita wat esemen ManTech & Vibration. bak sini 12 soklan yang senang sangat tu!!

Wednesday, March 10, 2010

malam ni kita kasik gegar!!


wish me good luck for tonite~

'gegaran' is damn so difficult.

hopefully i can think of something to write @.@

Sunday, March 7, 2010

keep smiling +.+

very the hectic week lah!! this week & of course next week memang lagi la bersepah hidop aku..

2 test & 4 esemen menanti bila minggu baru bermula esok pagi *mecha & vibration memang nice sangat lah wat 2 hari straight*

tapi bak kata cik zureen.. kita kena la tetap tersenyum.. kan-kan??


kita kena la senyum macam ni sambil wat peace \/

*abaikan muka aku yang tak berapa siap. kenangan semasa STE, port dickson*



p/s: ramai orang cakap muka aku makin ketat~~ hihi. t aku amik spanar longgarkan balik urat-urat muka ni ae @.@

Saturday, March 6, 2010

Nasib si Tukang Kasut

IPOH: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan harga upah membaiki kasut ditawarkan, sekumpulan pelajar warga asing dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, bertindak biadab apabila membelasah tukang kasut terbabit yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran, malam kelmarin.

sumber: harian metro


rasanya ramai yang dah post pasal berita ni. so malas nak post full berita. kalau nak baca berita penoh korang klik je kat atas tu. inbox pon penoh pasal discuss benda ni kat GG mechy_jan07. dah-dah jangan kita plak yang dok gadoh pasal onar yang diorang wat. aku pon da kompius siapa salah bila baca discussion yang budak-budak ni post.


tapi kalau ikut sejarahnya.. memang agak problem. aku penah lalu depan blok v2 laki yang dekat cafe. time tu agak da tengah malam. budak-budak egypt ni ngah kalut nak mengangkat kereta *kalo korang perasan ada 1 kereta saga budak egypt ABY sumthing-sumthing* sebab sebelah tayar depan da masok longkang. siap panggil ramai-ramai kot nak tolong angkat sebab berat. takot ler tu kalau-kalau pak guard lalu. soalannya macam mana kereta tu ley masok longkang. aku assume samada bawak laju extreme sangat 0 ngah mabuk *tapi aku perasan gak la driver kereta tu selalu bawak laju*


farid & zakzouk~ eqyptian yang sangat baek penah aku kenal kat UTP

Friday, March 5, 2010

budak-budak ni memang nak kena +_+

nama je da intern~~ perangai tak berubah-ubah. suka plan lambat-lambat. haaa ni akak nak marah niyh ;) takpe la kita layan je la kan.. malam abis econ baru la nak godek-godek website ktmb tengok tiket. las-las naek bas gak. *kempunan akak nak naek train* koi 9.30 malam baru sampai pudu

soknya ke KLIA. akak kan jakun seket ngan kl ni. mana penah jejak KLIA lagi.. terus nak mengikut even kena mandi koi 6.30 pagi.




sunway lagoon pon fes time *kata anak jati perlis kan. gua kelam sudey*. tapi tak sempat maen banyak sebab sampai pon da agak petang. mencari rumah che nah kat shah alam memang sangat la over konfiden sebab tengok sign board ja. naseb jumpak. kalo tak memang ber'lagoon' atas jalan je la kan~~

soknya hamik kau suma ley bangun koi 11 pagi kan. mandi makan terus naek bas koi 2 petang. bye-bye ila bye-bye kajang *weh patotnya ko bwk aku p makan sate kajang lah ila*



p/s1: mekasih yek zopo susah-susah je hantarkan ke ktmb. jasamu akan dikenang ;)

p/s2: feewit~~ budak-budak intern memang matang kan. ngahaha

p/s3: tenkiu ae ila tumpangkan aku niyh~~ sariy still hutang aku lagi 2 eskrem sebab aku baru makan 1 kat rumah ko 0_0

Wednesday, March 3, 2010

silalah berhati-hati yer @.@

demmit tak suka bila lantai bilik melekat-lekit.. tertumpahkan teh ais. aiyooo siapa suruh kalot-kalut. tapi sebab lapar sangat tadi T_T nak sangkut air tepi almari terus tumpah. dah la ada kena seket kat tilam. siapa yang suka menumpang kat tilam aku tuyh memang berperfumekan teh ais ah..


macam lemak berkrim je kan?!



p/s1: sok ada test CAE, 5.30pm, MH *tazkirah tuan badan: malam ni jangan nak gedik-gedik tido 5 minit ke setengah jam ke.. kang ada gak bangun-bangun da subuh*

p/s2: baruku tahu.. amik major material tak semestinya buat FYP material gak. jumpak sorang kakak ni kat lab tadi~~ tempat intern oil&gas, major energy, FYP manufacturing. nice (;

Monday, March 1, 2010

nasik lemak terbaek dari Al-Quds~

dapat jugak makan nasik lemak petang tadi ngan ayam goreng berempah, sosej blackpepper dan sambal kerang.. yuhuuu. mekasih kak mui tapaukan..

kalo aku eksaited nak makan nasik lemak.. ada budak ni siap lompat-lompat lagi masok bilik cakap nasik lemak dia da sampai.. hakhak. siap fidat, liza pon kena tempias eksaited dia tuyh~~ ngahaha


bab-bab makan..memang aku suka ;)



p/s: sekarang ni de jernih pon da ada nasik lemak.. dengar cerita murah tapi sedap ke tak tu wallahualam~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails