Friday, December 24, 2010

Tempek gambaq

Ni lah hasilnya BBQ kat Taman Negara Pulau Pinang, Sabtu lepas. Just a few pictures that i pick randomly. A few la sangat yang oiii! Actually semuanya ada dalam 400++ keping kot.













Nice place to visit. Kata Cuti-cuti Malaysia kan! But much much more nicer when we are together






For more info about Taman Negara Pulau Pinang, don't hesitate to contact this number 04-8813530. To book the boat, can simply call Abang Jenal at 019-5252061

Wednesday, December 22, 2010

Kamon bebeh kamon.

Totally can't wait for this Jumaat! (Hari penuh berkat tuh) Ohmaiiii. Cepatlah...

Nak balik rumah. Nak balik rumah. Nak balik rumah. Sedangkan nanti bila balik macam-macam la nak jadi, blablabla. Pastu dok pikiaq camni baek takyah balik.

Tapi bila dapat makan sesedap rasa (Semua yang dalam peti ais tu semua nak mengketedarah sedangkan biskut gula munchy je kot.. huhhh), terus rasa syurga betol dok rumah rupanya.

Actually, the syurga one is not about makan-makan or whatever that can make me belehak-belehak atas bawah sampai nak bawak perot pon dah angkat bendera puteh, but it is about gather ramai-ramai with the family (Ramai la sangat kalao setakat 5 orang kan).

Bila depan mata tu memang la! Suara nak tinggi jek, muka sememeh, ada je nak carik gadohnya.

Tapi kalao da dok lebih 2 marhalah ni, mulalah setat feeling rindu-rindu kunun setinggi Gunung Everest lah, sedalam Lautan Atlantik lah. Ecehhhh drama sangat kan (Tapi dalam hati je la) ;)

Ok. Full stop.


Jumaat pasti muncul, kecuali kiamat telah tiba




.
.
.
.
.




Buruk ke aku pakai shawl?
Baek cakap ikhlas! Gua langsung tak kesah lah! (Emo lak tetiba. Haha)

*Nak tak nak kena buang lense, pakai spek. Mata da pedih sangat-sangat kena air laut*

Monday, December 20, 2010

Selamat

Akhirnya selamat sampai ke bumi Kulim. Phewww penat-penat! Tapi aku suka trip BBQ kat Taman Negapa Pulau Pinang ni.

Ampon maaf kalao ada terlebih terkurang dari mula planning sampailah tamat trip. Harapnya semua gumbira. Makan cukup kan? Kan! Kan!

Kalao rajin nanti aku tempek banyak-banyak gambar kat sini. Yang pasti kat fesbuk da sebukit gambar sepanjang trip.

Sunday, December 19, 2010

Aku mahu topup FREE !!

Ni pon tag dari Dyana. Thanx beb



Kata tuan penganjur Humblemodest, ini first contest dia.



Ohh lupa jawab salam. Waalaikummussalam. Check list untuk menjoin contest ni:

* Kena jadik follower. Dah
* Buat entry pasal contest. Yeahhh ondeway. Tajuk entry pon da letak "Aku mahu topup FREE !!"
* Letak banner dalam entry. Udah paste
* Tinggal link kat komen. Dah tinggal
* Tag sekurang-kurangnya 2 orang (Ni yang lemah ni, asal kena tag orang laen mesti blur)
- Cik Abeelo
- Cik Niena

Tarikh akhir lambat lagi 17 Januari 2011. Jadi mari-mari adik kakak pokcik mokcik join contest ni. Hadiah? Pi tengok sendirik kat blog penganjur ;)



Bukti penyertaan



Sekian. Assalamualaikum

Wardah Ilmu First GiveAway

Dah dua kali Dyana tag aku untuk contest ngan giveaway. Dan dua-dua pon lom sempat buat. So, malam ni nak selesaikan hutang-piutang ngan dia. Nice kan? Ehehe



Ni link ke entry cik penganjur. GiveAway


Undang-undang pertandingan.
  1. Mesti jadi follower blog penganjur. Ok done
  2. 'Like' fanpage fesbuk "Best Tupperware". Ok done
  3. Buat satu entry pasal giveaway ni. Haa nak copy paste tadahal kata penganjur.
  4. Tag entry kat lima orang: Zureen - Najwa - Zophoro - Pipah - Kak Asma
  5. Tarikh tutup: 31 Disember 2010. Ok belom expired lagik.
  6. Isi borang penyertaan dengan tinggalkan link kat ruangan komen. Dah jugak


Cik penganjur kata hadiah adalah misteri. Jeng jeng jeng



Kalao dah rezeki, tak ke mana (Ayat penyejuk hati) ;)




nota-kaki: Rasanya memang ramai yang suka pakai brand Tupperware ni. Memang jadik pilihan mak-mak. Dah lah tahan lama, warranty lak seumur hidup. Berbaloi-baloi. Dah order satu bekas air Tupperware ngan Kak Ani, entah bilalah boleh dapat.

Friday, December 17, 2010

Demi esok hari!

Habis je kerja hari ni, terpaksalah bekerja keras. Begitu juga hosmet-hosmet. Cheeer, demi esok ;)



Moga dipermudahkan dan dijauhkan dari segala bahaya. Aminn

Sunday, December 12, 2010

Rupa-rupanya gelak itu satu ubat, Oooo

Sedang cuba mengkhatamkan Blog Anak Mat Nor.

Haishhh walaopon tahan-tahan taknak gelak, tapi las-las terguling-guling gak aku depan laptop ni.

Betol, tak tipu!

Gelak macam ni memang leh bawak masok mimpi ni (Kesian Cik Najwa tiba-tiba cuak bila aku gelak sengsorang waktu tido malam semalam. Kehkehkeh).



*
*
*
*
*



Sebenarnya ayat seterusnya adalah lebih berjela-jela tapi terus tekan button backspace sebab tiba-tiba rasa langsung tak cool macam Blog Anak Mat Nor ni.

Indah

Kadangkala Allah hilangkan mentari
Dan kemudian datangkan guruh
Rupanya kerna Allah nak berikan kita pelangi yang indah

0_o







Hohoho, entah bilalah nak ada duet berlebih-lebihan nak angkut Mini Cooper ni





7.35 am - 8.40 am
Empangan Mengkuang

Saturday, December 11, 2010

'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

Contest. Contest. Contest. Ni semua gara-gara Cik Najwa. Hehe.

Dan ni cik penganjur Peace Contest - Ezan Idma
click link to join the contest





My masterPeace. Ni gambar sebelom pergi maen bowling ngan Celesticos Tribe. Muka eksaited sungguh 0_o



Tata-tertib nak join contest ni adalah seperti di bawah *ceewah* :

1/ Follow belog tersebut. Ok dah follow pon ;)

2/ Ni memang sah-sah blog milik sendirik *Berlambak gambar sendirik kot. Hehe* dan memang warga Malaysia.

3/ Okayh da letak banner dalam entry ngan sidebar.

4/ Tag 3 orang. Hmmm hmmm hmmm siapa ae?
Ila
Zareen
Cik Min

5/ Komen da tinggal kat blog cik penganjur. Next...

6/ Entry tutup taon depan 1 Jan 2011.

7/ Hadiah? Ipod Nano kah? *Hee.. Hanya difahami segelintir orang sahaja*



Till then, sayonara

Wednesday, December 8, 2010

Pesanan mak

" Selamat menyambut awal muharam. Berhati-hati ketika memandu. "

Comei la pulak bila baca sms mak aku pagi tadi. Mentang-mentanglah da pandai taip-taip sms ni. Tapi dipercayai jugak yang sms ni ditaip oleh adik atao kakak aku sebab siap ada sempang kat word berhati-hati. Wahhh da maju. Hehe. Selalonya kalao mak aku yang taip, titik noktah pon takdak, mak aku hentam je taip semua dalam satu ayat. Bila baca tu pandai-pandai la ko nak letak sendirik mana koma, mana titik ;)





Dan bak kata status fesbuk seperti di bawah ini, ohohoho mao gila aku nak menghabiskan coklat-coklat dalam peti. Tu lah bila memesan, letak nafsu perot dalam otak, memang ni la azabnya. Haha. Bukan takut gemok *nampak sangat ayat cover siot*, tapi takut kolestrol. Jangan tak tahu, orang badan kecik molek pon leh dapat kolestrol tinggi dalam darah. Contohnya, tu haaa kakak aku. Berat tak sampai 45 kilo pon da ada kolestrol tinggi *amponnn kak, nak bagi contoh je ni*






Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah

source: iluvislam



Agak-agak senang tu, jom-jom sok petang baca doa awal tahun ngan akhir tahun ni ;)



Moga tahun 1432H ini menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan pada kita semua. Moga aku menjadi hamba yang sentiasa bersujud pada penciptaNya, anak yang lebih taat pada ibu dan bapanya, saudara yang lebih bertolak-ansur pada adik dan kakaknya, sahabat yang lebih memahami serta manusia yang lebih bertanggungjawab. Aminnn




p/s: Lusa da masok 1 Muharram 1432H. Sedihnya bila satu Kedah dapat cuti Maal Hijrah*Perlis pon cuti gak!*, orang-orang Celestica lak kena kerja. Cis-cis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails