Friday, April 29, 2011

CST Production

Woaa da lama tak update blog. Biasa la gua kan da pegang title budak final year. Projek ja dah bertimbun-timbun, esaimen lagi, lab report tiap-tiap minggu, test, presentation. Ok stop with the lists sebab memang bikin kepala gua pusing.

Pasal match futal inter-course pon tak dak mention kan, haha mungkin sebab kuciwa takpat masok second stage kot.


- - - - - - - - - -


Just wanna share some videos from CST Production. Tak tipu, the team is totally awesome macam nak book ja sekarang untuk video kawen sendirik. Walao kawen mungkin lagi 5 6 tahun, dan pas berjaya carik calon kan. Hehe


Ni semua sebab tengok video tunang Abang Ashraf, see how excited he is. Muka bahagia betol ;)






Pastu terus ketagih nak tengok semua video. Muahaha gila punya perangai. They have like tons of so-nice-boleh-bikin-cair video. Tapi yang paling aku suka part Elyana sendirik yang pinang laki dia dan macam mana sorang mamat ni ajak GF dia yang tengah merajok kawen.



Elyana & Khairul (Save The Date) - by CST 2.0 from cstproduction on Vimeo.





I HATE YOU!!! from cstproduction on Vimeo.





Sebab harganya mahal-tapi-berbaloi-baloi, banyaklah video majlis kawen yang memang grand dan mewah. Terus feeling-feeling nak jugak macam tu, tapi mengenangkan hutang Pet nak dekat seratus ribu hengget, terus harapan hancur retak seribu.


Majlis Pengsohoran Raja Sehari (Firdauz & Yasmi) from cstproduction on Vimeo.




.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.





Bukan saja majlis kawen-kawen, semua event boleh cover


Save The Date :: Majlis AQIQAH, BABY AIRISY from cstproduction on Vimeo.





can meet them here:
http://www.cstproduction.blogspot.com/
http://www.facebook.com/cstproduction
http://www.cstproduction.com/

Thursday, April 21, 2011

Twitter dan selipar

I do follow HanisZalikha in twitter. Yeahhh I love to follow orang glemer. Apa ingat jadik blogger takleh glemer ka? Tengok redmummy, kan da kaya sekarang.



Ok, back with HanisZalikha. She asked this question.

;
;
;






Ada yang reply macam ni.

;
;
;


Fine laaa, aku pon setuju.








But then, this reply came out.

;
;
;


Terus erkkkk..





Then, she also asked the same, but from women side. Haaa, terus dok beratur yang reply.








Tapi kannn, macam yang pompuan tengah tu kan, what do you expected from her to wear under her feet?






Nak cakap lawa tu, HARUS la tak kan!! Tapi kalao pakai baju kurung pi kelas, 'dia' memang selalo ja rembat pakai dengan selipar. Hey, that's 'her'!! Peace.



Tuesday, April 12, 2011

Serious thing! Skateboard thing!

I AM DOING VERY SERIOUS GOOGLE-ING ABOUT SKATEBOARD FOR MY ADVANCE MANUFACTURING TECHNOLOGY PROJECT!!

*Haa, siap ber-CAPS-LOCK-bold-merah lagi sebab nak tunjuk muka serius tak dapat. Mana tak serius kalau tak sampai 2 minggu da kena submitkan! Well normal for me* ;)







Then I found out how cool and creative they modified the skateboard.



Skateboard picture frames



Skateboard jet set lounge chair



Skateboard bookshelves



Deckstool



Skateboard shelf



Skateboard stair



Skateboard mirror



Skateboard bench







All cool pictures came from this website
|
|
|

Aishiteru

Lagu ni da lama tapi aku baru nak setat layan ;)

Indon sehhh







Kalao tengok list lagu aku banyaknya indon. Wali Band la, Kangen Band la, Dadali Band la.. Macam pro-indon lak aku kan..


Ish, mana ada! Gua 1Malaysia yang sejati kot. Mana penyanyi yang aku tak suka, Aizat, Faizal Tahir, Sixth Sense, Anna Rafali, Tok Ti, M. Nasir, Spring, geng-geng kapak semua aku layan. MatLuthfi pon gua minat! (erk?)










Ni lak Gary oppaaa. Hahaha. Obses-nak-mati. Tapi serius-tak-tipu lagu ni sedap




Monday, April 11, 2011

Cekelat vs Gula-gula

Look nice kan!











Jumaat malam Sabtu lepas lepas punya ceghita. Buat handmake coklat berjemaah anjuran cik Ila Nabilah. Sumpah sebelum ni aku ingatkan coklat-coklat yang nampak cantik molek ni yang banyak jual kat blogshop-blogshop tu semua buat sendirik. Sengal la, rupanya cuma cairkan coklat dan masok acuan. Peanut butter betol!










Beli ja coklat ngan warna dan flavor yang berkenan kat hati, pastu masuk acuan comel-comel. Pastu boleh la letak orea, walnut dalam coklat tu kalao nak. Masok peti ais dan siap!










Ni pulak contengan aku untuk program Jerit! waktu promosi kat Pocket D.


Tolonglah jangan cakap ni siput babi. Sedeh ai! BUTTERFLY la wehhhh BUTTERFLYYY











Ohhh lupa lak nak ceghita, oang utagha sebut gula-gula tu cekelat. Macam mak aku selalo dok sebut, "Nampak tak cekelat hacks mak bawu beli tadi?". Tengok, mak aku memang suka makan hacks, tak maen la sebot gula-gula. Haha. Tu pasal oang selalo kompius bila aku sebut cekelat sebab depa ingat aku refer kat cadbury sedangkan aku cakap pasal kopiko. *Doinkk*

*Kot la sapa-sapa yang nak kawen ngan oang utagha. Kang dok p bantai gelak kat mak mertua ingatkan salah sebut cekelat, ada gak nak kena pelangkung*

Monday, April 4, 2011

Surat cinta

Surat cinta ni takdak sembur-sembur perfume ka letak bedak wangi, apatah lagi nak selit bawah pintu bilik. Simple tapi sedikit 'romantis' ;)














Surat cinta dari hosmet untuk hosmet-hosmet sekalian



Kan aku dah cakap, tajam kan! Tapi untuk golongan pemalas nak pegang senduk macam aku ni terus pandang sebelah mata surat ni.

Tapiii tapiii betullah kan!! Bila hidup ramai-ramai macam ni, mao-mao 12 orang 1 rumah, memang macam-macam peel manusia boleh jumpak. Da kata 12 jenis otak kan. Sorang macam ni, sorang macam tu.

Tapi kalao dah benda yang melibatkan public-sharing macam toilet, dapur, peti ais, sangat la tak ayu kalao masing-masing nak ikot kepala lutut sendiri. Da guna dapur jangan lupa kemas balik. Lepas makan, basuh pinggan cawan jangan biar sampai berkulapuk atas sinki. Pakai peti ais tu ingat-ingat la orang lain pon nak letak barang jugak.

Hidup 4 tahun ramai-ramai macam ni, pernah ja aku nampak scene yang meloyakan anak tekak macam periuk nasik tak berbasuh sampai naik kulat, lebihan minyak dalam mangkuk da hitam pon tak reti-reti nak basuh. Babak sisa makanan terbiar dalam sinki memang tak payah cakap la kan, normal sangat tu. Bukannya apa, kalao kita tak buat sendiri, bajet sapa lak yang nak nolong buatkan?

Dan kakak senior kat rumah aku ni sangat bagos. Selalo ja dengar keletang keletung masak kat dapur, tapi bila pi dapur ja serius macam tak masak pon. Periuk belanga da elok berbasuh, tompok minyak pon tak nampak.

Aku? Hehe (Kadang-kadang terbabas jugak)




Sekadar peringatan untuk diri-sendiri. Adios.



nota-pendek: Tu belom ada hosmet foreigner lagi. Stok makanan meriah macam nak kenduri 7 hari 7 malam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails