Sunday, November 27, 2011

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu



Bulan November memang bulan hari jadi dalam keluarga aku. Kakak ngan adik aku, dua-dua lahir bulan November, aku ja sesat bulan September.

Kak aku ni lima tahun tua dari aku, tapi orang asyik ingat yang aku ni kakak, dia adik. Memang dia hepi sangat la kan dan aku pon langsung tak gerammm. Cis cis, nasib baik takdak yang tanya bila aku nak kawen. 

Kak aku ni kadang-kadang suka emo sikit, tapi aku pon pahamlah jugak sebab umur da makin meningkat kan. Kehkehkeh, mampus aku bila dia baca ni. 

Tapi dia kakak yang cukup baik dan memahami. Kalau aku nak buat apa-apa atau nak pi mana-mana, mesti cakap dengan dia. Taknak cakap pon akhirnya terlepas jugak, sebab aku kan banyak mulut sikit, pung pang pung pang semua benda nak cerita. Hehe

Dia macam role-model aku, jadi sumber inspirasi gitu. Ecehh. Apa dia buat, apa dia pakai semua aku nak ikut. Sampai dulu nak isi borang masuk utp pon aku hampir-hampir nak pilih course EE jadi pilihan pertama. Motif ?!?! Sebab dia budak EE.


Semoga tahun ni adalah tahun yang lebih baik untuk dia. Dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur, dilindungi dari sebarang kejahatan dan bahaya, serta diberikan rezeki dan jodoh yang baik. Jadi hamba yang beriman, anak yang solehah dan kakak yang pemurah (?). Aminnn



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijarah, 1433H

Tweet by Irma Hasmie

Wednesday, November 23, 2011

#15 Wordless Wednesday - Aummmm


Bergempita stadium V4 dengan sorakan budak-budak sekolah.


Tahniah #HarimauMuda !

Monday, November 21, 2011

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...


Never come out from my mouth,

But always keep close in my heart.





that...
I love both of u!

Si Sulung & Si Bongsu




22 . 11 . 2011 & 27 . 11 . 2011

Selamat Hari Jadi


From, Si Tengah

Thursday, November 17, 2011

Grab your FREE ACUVUE® trial lenses


Dalam banyak-banyak dugaan dalam hidup aku, salah satunya ialah rabun. Muda-muda lagi mata da macam orang tua. Nak kata genetik, aku sorang ja dalam famili ada masalah macam ni. Mak ayah aku yang dah menjangkau 50 tahun pon mata dok cerah lagi. 

Tu lah, dulu kecik-kecik, tak mau dengar cakap mak! Ketegaq! Mak cakap jangan tengok tv dekat-dekat, jangan baca buku dalam gelap nanti mata rabun, dok ehhh buat jugak. Ni lah akibatnya, da besar mata pon bertambah jadik empat.

Panjang sangat kalau nak cerita sejarah aku pakai spek. Mula dari tingkatan empat, sebulan je kot aku pakai sebab pastu spek hilang. Buat balik spek bila nak masok UTP, setahun pakai spek waktu Foundation. Masuk degree mula pandai nak cuba-cuba pakai contact lenses, tapi kalau kat bilik spek tetap bergayut atas hidung. Terpaksa! Kalau tak memang macam meraba dalam gelap.

Orang cakap pakai lenses nih dah la leceh, nak kena jaga hygiene pulak tu, mau-mau waktu nak pakai dan nak tanggal. Kalau pakai lebih had masa mesti mata pon jadik kering. Kalau tidur kena tanggal lenses, orang cakap nanti lenses tuh bergerak ke belakang mata sebab ikot graviti. 

Ok ok, aku mengaku yang bab tidur sambil pakai lenses tuh memang aku selalo tak sengaja buat. Kekeke, tak sengaja la sangat kann. Cuma Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi jadik kes lenses yang hilang dalam mata.

Tapi aku tetap suka pakai lenses sebab bila pakai spek, rasa macam tengok dunia dalam bingkai yang bentuk empat segi. Tu pasal kalau pakai spek aku macam takleh fokus sangat. Laki hensem lalu depan mata pon tak berapa cepat nak detect. 

Lagi satu masalah, tapi selalunya untuk para gadis je lah. Kalau pakai spek yang berbingkai besaq macam aku, bila pakai tudung mesti kembang. Terus hilang konfiden sebab rasa da tak lawa. Ahaha. Tapi kalau yang tak berapa cun macam aku ni, takdalah bila dah pakai lenses terus rupa bertukar jadi jelitawan. Tak pernah la pulak ada orang cakap aku tiba-tiba nampak lawa bila tak pakai spek. Kehkehkeh.







Dan yang paling syiok, sekarang Acuvue terus buat promosi bagi Free Trial pack. Senang dan cepat! Cuma kena isi maklumat diri. Tak perlu pon jawab soalan sampai kena hentak-hentak kepala kat dinding. Kemudian, pilih pack mana yang berkenan:

  • 3 pasang 1 DAY ACUVUE MOIST (Untuk penggunaan sehari sahaja)
ATAU
  • 1 pasang ACUVUE ADVANCE PLUS (Untuk penggunaan selama dua minggu)


Pastu, pilih pulak tempat mana kita nak ambik contact lenses nih. Kalau budak-budak UTP, yang paling dekat kat Focus Point, Tesco Station 18. Habis isi, nanti dapat sms dan cuma perlu tunjuk sms bila nak ambik lenses kat kedai, tapi dalam masa dua minggu.

Rasa-rasa nak dapat percuma lenses, cepat-cepat sebab promosi ni sampai 31 Disember 2011 sahaja!


psss: Thanks to Zureen sebab tolong promotkan kat aku ^^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails