Wednesday, October 12, 2011

#14 Wordless Wednesday - Convocation 2011



Ni gua curik-curik pakai member punya, mana la tau tahun depan gua tak sempat nak merasa konvo sendirik. Perancangan Allah mana kita boleh duga kan. Kot-kot la gua sambung belajaq overthesea ka, kerja kat Dubai takleh cuti ka, cewahhh berangan nombor satu!

Wednesday, October 5, 2011

#13 Wordless Wednesday - Hari muda

Bekas calon PMR 2004



 Dah tujuh tahun rupanya. Untuk calon PMR 2011, selamat berjaya!



Tuesday, October 4, 2011

Treasure Hunt ConvoFair 2011

Menghabiskan sisa-sisa hidup di UTP di hujung minggu yang suram, ini dia satu lagi aktiviti Treasure Hunt ConvoFair 2011 Ahad lepas. Dengan inisiatif Najato yang mengajak, terus kumpul lima orang satu pasukan. Nak mencarik pon satu hal sebabnya ramai yang masih kecundang di rumah.

Kumpul dalam pukul 8.00 pagi, makan sarapan dulu. Cabaran pertama, pancing ikan. Ahaha. Kalau Tajol, Kalai takpon Bob yang masok, mesti depa yang paling champion! Siyes, banyak gila ikan kat tasik ni. Lempar ja tali pancing tak sampai setengah minit, umpan da kena makan. Rasa nak hampar surat khabar ja kat situ.

Pastu, ada lagi tujuh checkpoint boleh pi mana-mana dulu ikot suka kaki masing-masing. Tiap-tiap checkpoint ada soalan dan task yang kena diselesaikan. Paling tak tahan kat Pocket C kena makan jering, petai ngan peria cicah budu pastu minum air halia satu gelas. Memang senak perut aku nak lari pulak pi Sport Complex nuhh. Ketaq habis kaki oi.


Sebelom. Echah - Najato - Wani - Ana - Tanjong

Pancing ikan. Echah petik jari terus kena 2 ekor.

Tanjong. Makan epal punya pasal.

Ana. Basketball.

Lenggang-lenggang kangkung. Aim pon tak tinggi - asalkan bukan nombor paling hujung. Pemalas la hoiii. Ahaha.

Selepas. Muka pon da macam kena bakar.

Abang akak final year. Paling hingaq.



Teringat zaman jadik komiti Games & Competition ConvoFair 2009. Meriah gila waktu tu! Well, goodluck komiti ConvoFair 2011.


psss: Cerita lagi padat dan jitu tekan sini. Semua gambar cilok dari kamera Ana ngan Tanjong. ^^

Sunday, October 2, 2011

Bukit Bendera, Penang

Punyalah lama berangan nak naik Bukit Bendera dari zaman praktikal nuhhh tapi hajat tak kesampaian sebab punya la lama dok renovate tak siap-siap. Rasanya dua kali gua pernah sampai puncak Bukit Bendera, yang pertama waktu kecik-alololo-comelnya tapi gua pon tak ingat, ni mak gua la yang cakap.

Pastu gua naik waktu tingkatan empat. Haa yang ni jangan main-main, tak main la naik kereta kabel ni. Gua daki okeh! DAKI! Pakai tulang empat kerat, membanting peluh sampai puncak. Waktu tu gua join pasukan pengakap negeri pi Jambouri Penang. Siap ada sijil, gua simpan baik-baik dalam fail. Mana tau nanti bila tunjuk kat orang yang interview kerja gua, dia akan terus terkagum dengan potensi yang ada dalam diri gua dan terus ambik gua kerja. Ahaha kecoh gila pompuan ni, orang da sampai Everest kot waktu tu.

Walaupon penggunaan 'mendaki' tu bunyiknya susah gila macam panjat Gunung Kinabalu dan pada hakikatnya cuma ikot jalan yang telah tersedia dengan tar, tapi gua tetap bangga dengan diri sendiri. Muahaha.


-----------------------------


Lepas ja exam Engineering in Society hari Jumaat, Sabtu pagi gua terus cabut pi Penang. Nasib baik la ada gap empat hari sebelum kertas Failure Analysis & Non-Destructive Examinations yang gua gila kecewa bila baca soalan pertama ialah sila isi jadual, langsam 25 markah.

Pi Penang ni pon semata-mata nak jumpak Zareen la kononnya sebelum dia berangkat pi Manchester nak jumpak team faveret dia kat sana. Awat la ang dok sana setaon ja, takdan aku nak kumpul duit nak pi jenguk ang tau!

Untuk rakyat Malaysia yang dewasa, tiket kereta kabel cuma rm8.00 tapi yang ada kad pelajar dapat 50% diskaun. Kalau pelancong gila mahal kot tapi da tak ingat berapa. Jadi, jangan lupa bawak IC dan kat matrik masing-masing ok. Barulah berbaloi-baloi! Kereta kabel ni ada setiap 10 minit. Kalau ramai orang tu, pandai-pandai la menyelit. Lagi satu, kawasan Bukit Bendera ni memang payah gila nak dapat parking, jadi kena hati-hati takut kena saman dengan Majlis Perbandaran, mau-mau kereta yang nombor plat luar Penang tu.

Siapa yang pernah tengok muvi Ali Setan, alaaa yang dok glemer dengan ayat Sheila Majid 'Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!', mesti ingat scene Ali (Azmil Mustapha) ngan Asmidar (Ogy Ahmad Daud) dok bercinta kat sini. Antik kot kereta kabel zaman tu.

Lepas turun Bukit Bendera, terus pi melantak Claypot Beriani kat Kapitan. Mesti wajib singgah.



Tiket.


Lepas beli tiket rm4.00 satu.


Dalam kereta kabel.


Gambaq paling ai loikee sebab Zareen macam mami jarum nak bergosip :)


Wani. Yaya. Ila. Zareen. Che Nah


Teropong satu Penang.




Depan pintu masuk.



Untuk hampa semua, selamat bekerja dan belajaq leklok. Zareen, dok Manchester jangan lupa tanah air! Ada rezeki dan waktu kita jumpak lagi, insyaAllah..



Sunday, September 11, 2011

Raya 2011





 Tradisi konvoi raya diteruskan lagi tahun ni. Cuma kureng la seket sebab sempat join 1 hari ja. Depa ni siap buat bbq, tengok Final Destination 5 ramai-ramai. Sentap gua yang dok muntah ngan buku & lecture note ni. Tak patut sungguh dok buat exam waktu raya macam ni. Nasib baik da final year pon.

 Macam biasa, tempat mula mesti rumah Kak Long, pastu rumah Che Nah, rumah Elina, rumah Najwa & rumah Luthfi. Hamboihhh sampai 5 rumah. Haha. Last sekali p rumah terbuka Naqib Nadzri. Tu pon da senak perut da asyik sumbat dengan macam-macam makanan. 



 Rumah Kak Long. (Che Nah)


 Sakan la dok menyembang dengan orang Sabah. (Su)





 Rumah Che Nah.

 
 Kakak, kakak, kakak... Tu ja burung ni pandai sebut. Dan dia suka sungguh ngan pompuan. Haha. (Faten)

 
 Rumah Lutfi. (Elina)



 Rumah terbuka Naqib Nadzri. Yang tengah kemeja pink tu, MB Perlis.


 
 Mula nak angkat kaki dah. Kepala pon da goyang dari pagi sampai petang dok berjalan. Sekali nampak akak baju putih tu, terus pakat tak jadi balik. Hehe.


Nak saingggg kak Fasha.


 
Wajah-wajah raya 2011.





Waiting for last paper this Wednesday. Wishing myself and others tons of luck :)

Wednesday, September 7, 2011

#12 Wordless Wednesday - Doa mula belajar





On-the-way balik ke UTP haritu, kat Gunung Semanggol tiba-tiba ja dapat mesej "Left something in in your destboard. Find it. Handwriting made with red pen.. :)" Terharu gila kot bila baca! 
*Dah la salah eja destboard dashboard*


Ntah bila adik aku dok menyalin doa mula belajar ni. Dah la kat rumah dia paling dok hingaq sekali, sibuk gila. Trial SPM ja kot, apa adahal.


Luv u lah adik!! ^___^




nota-pendek: Aku ni melampau betol, patutnya wordless, tapi berbaris-baris ayat aku sumbat. Kata "blog gua, gua punya suka hatilah". Ye dok? Haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails