Sunday, January 30, 2011

Ekspedisi Sedim - Tree Top Walk

Ekspedisi Sedim hari Sabtu haritu diteruskan lagi dengan mengharungi Tree Top Walk. Kalao nak tau, Tree Top Walk ni adalah yang terpanjang di dunia (925m). Fuiyooo baca sini, sini dan sini. Kat sini gak kalao korang nak menginap pon ada chalet yang disediakan. Boleh gak buat aktiviti bina semangat ala-ala budak-budak sekolah yang nak ambik periksa gitu. Kot-kot dah sampai Kulim tu, jangan lupa lak singgah sini. Bayarannya cuma RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.



Kat entrance



Muka semangat



Jauh jalan, lepak lu derr



Pemandangan dari atas



Babai Kulim!



p/s: Dah macam blog pelancongan lak, takpe ni namanya menyahut seruan kerajaan cuti-cuti Malaysia beb. Gambar macam kelam seket kan, mungkin sebab cuaca kot! (Tetiba, salahkan cuaca)

Friday, January 28, 2011

Singkong & Keju

Dapat pisang keju terus rasa nak nyanyi lagu Singkong & Keju. (Tetiba!)


Kau bilang cinta padaku (iya lah)
Aku bilang pikir dulu (capek deh)
Selera kita terlalu jauh berbeda (berbeda)

Parfummu dari paris (aduh)
Sepatumu dari itali (itali atau blok m nih)
Kau bilang demi gengsi semua serba luar negeri

Manakah mungkin mengikuti gayamu
Yang penuh hura-hura

reff:
Aku suka jaipong kau suka disko ow ow ow
Aku suka singkong kau suka keju ow ow ow
Aku dambakan seorang gadis yang sederhana
Aku ini hanya anak singkong, aku hanya anak singkong

Parfummu dari paris, sepatumu dari itali
Kau bilang demi gengsi semua serba luar negeri

Manakah mungkin mengikuti gayamu
Yang penuh hura-hura, yang penuh hura-hura

repeat reff

Aku hanya anak singkong, aku hanya anak singkong
Anak singkong, anak singkong, anak singkong



Dapat nyanyi lagu ni waktu karok pon masyuk gak kan ;)

Macam mana pon mekasih la yer 'abang taff" erkkk (Ada ke patot paksa aku puji dia taff. Taff kat perut je, apa ada hal). Haha.

Friday, January 21, 2011

Ekspedisi Sedim - Water rafting bebeh!

Budak-budak ni memanglah, dah hujung-hujung baru nak buat benda alah ni. Tapi no hal la, gua layankan jek.

.
.
.
.
.


Kita setat cerita dari awal. Mula-mula kumpul kat rumah budak laki-laki. Tiga kereta terus shoot pergi Sedim, plus lagi satu kereta da tunggu kat stesen minyak Petronas Sungai Kob. Total yang pergi 16 orang (ni campor non-Celesticos, 3 orang). Tapi yang join water rafting 12 orang je, 10 lelaki dan 2 pompuan.


Nak pi tempat water rafting kat Sedim ni, folo je signboard Sedim ngan Tree Top Walk. Mesti jumpak. Kalao dari Kulim High Tech, dalam setengah jam macam tu. Nak masok parking kena charge 3 hengget okayh sebijik kereta.


Waktu sampai sini, aku memang da tak ingat pukul berapa. Tapi nak tunggu brader-brader set up barang-barang semua, sempat la dak-dak laki ni lepas gian terjun sungai. Nasib aku tak pandai berenang je. Kalo tak memang melompat la jugak aku. Ngehngehngeh.


Bot sampai dalam pukul 11. Ok, mula-mula kita dengar taklimat dulu dari Abang Syam. Yang sebelah dia tu nama Aki (Gambar kat bawah). Dua-dua brader ni jadik guider kitorang nak wat water rafting ni. Dia cerita la seket-seket pasal water rafting ni. Hujung taon lepas dia cakap wakilkan Malaysia lawan water rafting kat Indonesia. Nice


Kat gambar bawah ni, dia tengah terangkan pasal safety jacket ngan topi. Penting semua ni, mao-mao untuk yang tak terer berenang macam aku.



Tengok-tengok semua pon fokus je. First time beb.



Tengokkk! Muak aku da cuak (gambar bawah). Haha. Ni semua kes kena buat water confident. Ni bukan sebarang 'confident' ok! Bukan macam kena terapung atas air sambil pegang tangan ramai-ramai. Bukan! Bukan!


Pinjam style Wa. Ore peace.



Tapi maruah kena jaga beb! Hati kena kuat! Otot kaki kena stedi, jangan ketaq-ketaq. Dushdush. Kita kena bersiap-siap. Pakai safety jacket ngan topi ajaib. Ni kena pastikan ketat, jangan longgar-longgar. Kang naya.



Bapak tengah betolkan safety jacket anak! Mak mana? Ohhh mak tengah sibok jadik tangkap gambar ^_^



Benda ni la yang aku cuakkan tadi. Kena terjun dari batu tinggi tuyh. Kalao tak terjun, water rafting no no no. Aku nak terjun tu sempat jugak la mintak ampon ngan budak-budak ni dulu. Ada la jerit seket-seket (standard aku ler tu). Hehehe.



Tinggi okayh! Dak-dak laki senang la lepas (kecuali .. jengjengjeng). Tak pakai safety pon dorang da awai-awai terjun kat sini.



Next... lagi satu taklimat pasal water rafting. Pasal pedal, kayuhan, forward. backward. Ala-ala zaman OBS dulu gak.



Satu bot limit 4 orang, tambah sorang guider.



Bila tengok geng 1 da gerak, memang eksaited habeslah. Ada dalam 3 jeram. Yang paling penting, ikot je instruction guider kita tu. Insyaallah semua selamat.



Geng 1 - Aik. Tajol. Bob. Abu
Geng 2 - Farhan. Acap. Najwa. Wani
Geng 3 - Fathi. Afiaq. Poji. Deli



Haa... jangan tak taw, siap ada sijil. Sijil 'level basic'.



Muka puas. Yang dua paling kanan ni photographer paling berjaya.



Pape pon, memang terboekkk la water rafting ni. Ongkos nya 40 hengget sekepala. Lagi masyuk kalao dapat buat untuk jarak lagi jauh. Tapi tu bayaran mahal seket la. Nak taw lagi lanjut, google please!



Till then, enjoy the pic (banyak gila seh, dekat 500 keping semua).






Semusim berpraktikal - Farewell (another one)

Ni another farewell party. Tapi kali ni geng-geng trainee belanja geng-geng technician pulak (Uihhh ada geng-geng, tak tak kita kan satu geng!) Ni makan-makan kat Secret Recipe. Terkopek la jugak wallet aku ni, tapi takpa. Untuk akak-akak tersayang, memang takdak hal lah wehhh ;)

Well, ni semua akak-akak yang paling berjasa sepanjang aku kat Celestica. Kalao ada kemusykilan berkaitan kerja (atao nak buat benda jahat seperti ........... sendirik simpan la kan. Kata confidential), boleh direct terus ngan dorang. Kata berpengalaman kan. Kan..kan? Hehe






Gambar paling atas.
Berdiri - Najwa. Kak Mira. Kak Suzi. Kak Su. Nadia. Zureen. Ummu. Aku
Duduk - Farhan. Poji. Kak Ani





nota-kaki:
Memang lotih la kan broadband aku nak upload satu-satu gambar. Nak-nak, gambar punyalah banyak bebeno. Tuk pendekkan masa, aku terus combine semua gambar, cantik-cantik macam kat bawah ni.

Thursday, January 20, 2011

Semusim berpraktikal - Farewell

Ini cerita biasa di hujung-hujung musim praktikal. Farewell, makan-makan, gambar-gambar. Ni farewell party dengan geng-geng engineer kat McD.

Betol-betol hari presentation bebudak Mechi. Makanya, kamilah yang ambik turn present dulu.

Tapi kesian la pulak kat Tajol, dia sorang terlepas nak present sebab waktu tu dah pukol 12 tengah hari dan engineer dia nak keluar lunch dulu.

Haruslah sepanjang masa makan, memang payah la nak nengok dia senyum (Haaa cuba tengok gambar bawah, mana da senyum kan). Tak habes-habes bagi ayat sedeh dia "Ahhh, korang bolehla senyum". Gila babeh sayu punya ayat.



Berdiri: Poji, Tajol, Farhan, Najwa, Aku, Nadia
Duduk: Looi, Su Ying, Kak Intan, Liew










Cukup la Poji oi, toksah drama lebeh-lebeh ;)

Monday, January 17, 2011

Banyak yang nak tulis. Tapi tunggu la aku siapkan final repot praktikal ni dulu. Cerita farewell party, hari-hari terakhir di Celestica, ekspedisi Sedim.

Buat member-member yang sedang menuju ke Bandung, selamat pergi dan selamat pulang okayh.





Till then, Assalamualaikum

Friday, January 14, 2011

Semusim berpraktikal - The feeling




Esok dah masok hari terakhir berpraktikal kat Celestica, Kulim Kedah. Donno wat feeling i have rite now! Eksaited? Sedih? Gumbira? Sayu?

Lepas ni, everything will be back to normal. Like 8 months ago. Menggelumangkan hidop dengan kelas, lab, lecturer, kepanasan Tronoh, exam, studi. Demmit

Dan entah bagaimana hidop aku lepas habis praktikal ni! Tanpa Liew, Kak Mira, Kak Su, Kak Suzi. Huhhhh totally blank apa nak taip.


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sayu ohhh.

Sunday, January 9, 2011

Repetition

Tiba-tiba rasa gila looserrr hidop aku. Da seminggu asyik ulang tayang 3 lagu ni. Dah la macam seket pon takdak semangat Harimau Malaya. Tiga-tiga lagu indon. Tetttt




Bajet nak siapkan slide presentation harini jugak. Sebab esok nak tunjuk kat Liew. Tapi 6.28 petang, apa pon lom setat pasal projek (Ahhh projek la sangat). Demmm

Saturday, January 8, 2011

Penghargaan

Dah seminggu lebeh baru dok gheti nak bayaq hutang entry


Nampak tak apa yang laen kat seliparburok ni? Perasan tak? Tak?! (Terus down the earth). Fine! Header blog sudah bertukar! Zillion of thankz to tuan empunya oo yeah..!! Maceh yer Zureen. Susah-susah je ;)




Tapi kan.. tapi kan.. header lama tetap di hati (Ececeh). Header pertama yang aku tempekkan mao dua tahon lebeh la jugak dan menjadi penyeri page seliparburok ni. My acknowledgement goes to Zareen (Tu hadiah besday aku kan? Kan?). Lama betol dia tak update blog. Hi Zareen!




nota-kaki: seliparburok will always be seliparburok. Nothing will change! It is Kisah Aku, about my LIFE, laugh or cry, happy or sad, sweet or sour. Kamoo suka. kamoo bacalah. If not, then diam-diam sudah. Ok, bye.

Thursday, January 6, 2011

Break-up

SAYONARA Zee Hang. Till we meet again.


Ecececeh, ayat sungguh berbudiman! Last day budak-budak INTI College ni 24 Disember lepas. Dan kami trainee dari UTP yang masih terpaksa mengadap papan tanda Celestica, pak guard, cafe, surau, monitor PC, engineer. Kami yang paling awai masok, kami jugak yang paling lambat habes. Aduhhh pi mai, pi mai, tang tu jugak.



Wednesday, January 5, 2011

Kusam

BOHSAN! BOHRING!
Kerja kol 8.30, aku sampai 9.39. Sebab memikirkan yang impossible kerja akan datang berbukit-bukit, slow-and-steady je aku bawak pagi tadi Perlis-Kulim.


My life is sooo pathetic!



Kan sedap kalao boleh aci-aci sembunyi macam ni?



Jumpak Liew je da kena tanya "Presentation u da siap?". Aiyokkk ni payah jadik student utp yang dah lekat kat kepala lutut depa - Sok nak present, malam baru nak stat carik point letak slide. Petang nak exam, pagi baru kalot print lecture note. Lol


Ohhhh.. Harini dapat sorang trainee bawah Liew. Nama dia Mira. Dia cakap panggil Melur pon boleh (demmm sebijik nama Amani dalam Tiramisu), tetiba nak tukar nama jadik Kuntum! Boleh? Dia cantik! Nak buktikan dia cantik, aku rasa ada la jugak 3 kali Poji ulang sebut perkataan cantik tuyh (Opsss salah! "Cute lah Wani oi" kata Poji *baca komen*). Nanti ada gambaq, aku show off okayh.


Dan ada yang datang membawa berita Kuntum telah disisihkan (tetiba panggil diri-sendirik Kuntum) sebab nampak Liew bawak Melur pergi tunjuk mesin-mesin kat bawah. Takpa, Kuntum tak kesah punggg (sambil angkat kaki pergi tidor kat surau). Lalala

.
.
.
.
.


nota-kaki: Hidup ni macam bola. Macam nak kena sepak je selalo!



Dah-dah jom layan lagu Wali Band ni


Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Taken from here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails