Wednesday, March 30, 2011

Penemuan

Bust susah-susah je penaberkala temukan geng-geng keluarga selipar ni. Haha. Rupanya bukan selipar ja yang melambak kat pasar malam, kat twitter pon sama. Ala-ala jejak kasih pulak ;)




Can follow me here!

Free Big Breakfast at McD

Tawaran sampai esok sahaja!





Tapi kalao kira kudrat nak berbaris, memang macam tak percaya sanggup berdiri dekat sejam semata-mata tawaran 5 hengget ni. Sampai muncung pon da boleh buat sangkut baju. Ramainya manusia masyaallah, sampai ke luar pintu McD. Penat nak berzikir.


Buruk gila muka. Tu pon nasib baek da gosok gigi.



Zureen-Najwa-Ida



Pompuan ni memang, tak pernah tak hepi-go-lucky! ;)




Senang je, koyak la kupon McD ni dari surat khabar, takpon print. Belanja rm5, beli la apa-apa tak kesah set atau ala-carte (baik beli air sebab set big breakfast ni takdak air). Dan dapat free 2 set Big Breakfast. Dan dan sorang yang beratur cuma boleh pakai 1 kupon saja.

Saturday, March 26, 2011

Fan

Life is the art of drawing, without an eraser.
John Gardner



Hope!

Picture credit to mohlensa





Hey, today is already Saturday. No more Friday Friday Friday. No more fun fun fun

So, jom kita layan Bruno Mars pulak!










And don't forget Earth Hour is tonite. Jom support yawww!

Click the picture for full news

Wednesday, March 23, 2011

Bukit Kledang

Bukit bukan sebarang bukit,
Bukit Kledang yang kami daki,
Sakit bukang sebarang sakit,
Sakit kaki, bontot, tulang belakang semua pon mari ;)

Gila kentang ah intro entry dengan pantun. Da maju la woi.












Last week punya program sendirik-sendirik naik Bukit Kledang dengan Najwa, Zopo ngan ehem ehem Zopo. Dulu pergi waktu event HSE Week memang tak naik sebab sibuk jaga makanan kat bawah. Simpang mana pon da tak ingat sampai terpaksa twit oang Perlis (Tenkiu Gaq!).

Dah final year ni mesti naek gak. Tak sampai puncak, dapat cium kaki bukit pon jadilah kan. Tak jauh pon dari UTP, dalam 20 minit kot (Ikut je highway Ipoh-Lumut ke arah Ipoh, sampai simpang Menglembu, belok kiri). Sampai-sampai dalam 8.20 pagi tengok memang ramai orang, mao-mao uncle-auntie-Chinese.

Naek punya naek, daki punya daki (Ni jangan pikir lebeh-lebeh macam naik Gunung Kinabalu tu, tak tak, jalan tar memang da tersedia cantek punya), kami dengan semangat berkobar-kobar ni pon mula bergerak.

Siap stop ambik gambar (sebagai bukti di tempat kejadian), menghayati pemandangan, siap ingat ada pertandingan menghias air terjun sebab nampak ada tiga empat air terjun mini dengan pokok-pokok bunga, pagar kecik siap. Ni lah payah kalao bawak oang terlebeh daya imaginasi.

Memang terbakarlah semangat kejantanan dengan kecerunan bukit tu. Wa cakap luuu dia punya berpeluh macam dah lari 10km atas treadmill (Ni bukan wa nak kasik hiperbola secara ekstrem, betol ni tak tipu). Dan akhirnya semangat kemachoan hanya terpacak sampai satu wakaf yang mana kami pon tak tao da berapa banyak kami jalan dan berapa lama lagi nak sampai puncak. Dush dush. Anak-anak muda zaman sekarang memang semangat kat lutut je.

Waktu turun nampak pakcik-pakcik Cina tengah naik atas (siap ada pakai tongkat), terus wahhhhh diam-diam dalam hati. Hebat, dah la waktu tu da nak panas kan.

Terus azam mesti naek jugak sampai atas puncak, tapi laen kali la.. Heee so, ada berani?



So pathetic!



nota-kecik: Semua gambar dicuri dari fb Zophorooo. Dah la siap letak watermark sendirik (Mintak ampun yooo Zophor) ^.^




- - - - - - - - -


Ada oang Perlis tu da sampai Ipoh, sampai hati tak turun Tronoh. Singgah vanggey je?! Lagi sayang kat anne-anne vanggey nampak! Cam ni ah memberrr..

Sunday, March 20, 2011

Ingatan (2)

Really miss those days!! Boleh lepak suka-suka hati, tengok midnight movie walao esok kerja, balik rumah dua minggu sekali, NO ASSIGNMENT-PROJECT-TEST. Wuhuuu



Takdak la beza sangat aku ngan Liew. Kan kan? (Bajet laaa)








































Only want to say lemon-of-thanks for the sweet-bitter-memories. Kisah makan-gu-lipat-sana-lipat-sini kita buang jaoh-jaoh noo. Tapi kadang-kadang buat jadi bahan gelak pon apa salahnya kan!

Well, no gain no pain. Alhamdulillah, result internship yang keluar last week boleh buat aku senyum dalam tido. (Liew reply mesej pon da wat aku sengih sorang-sorang *Gedik*)

Thursday, March 17, 2011

Monday Couple

Kalao hampa ni peminat setia aka tegar variety show Korea, mesti dok tau pasal Running Man. Budak UTP ni toksah cakap la kan, mao-mao yang baru balik intern. Nampak gelak-guling-guling ja mesti sebab tengok Running Man ah tu ;)

















Yang paling comel pasal Monday Couple - Ji Hyo & Gary ni. Watch this! Aku lak yang malu-malu-sengal-ubi bila tengok. Haha. *Manisss sangat*




Wednesday, March 16, 2011

Untuk budak-budak non-Autobots

Just wanna share a bit about what we learn in Autobots (Automotic & Robotics) lab.







Dia punya coding pandai-pandai la kau masukkan, tapi bunyi tepi-kanan-kiri yang dok bagi arahan lagi laju dari tangan yang nak menekan button-button coding sampai kena cakap, "Yer yer kejap kejap aku nak tekan ler ni, sabao sabao!". Meriah sangat!



----------



Ribut kuat satu UTP petang tadi. Guruh dengan kilat memang toksah cakaplah kan! Tapi tak sangka pulak sampai jadi macam ni. Hmmm langit tak selalo cerah, teduh tak bermakna selamat.

Tuesday, March 15, 2011

Yang pergi

Siapa yang dapat mengagak,

Harini kita ketawa dan tersenyum gembira,

Hari esok, kita cuma sekujur tubuh yang kaku dan tidak bernyawa.



Al-fatihah buat seorang sahabat, Khairul Hakimi aka Kero yang telah kembali ke rahmatullah 10 Mac 2011 yang lalu. Walaopon aku dan dia bukanlah orang yang rapat, tapi ketiadaan beliau di dalam kelas Advance Manufacturing Technology selepas ni sedikit sebanyak boleh buat aku sebak.


Siapa sangka dalam kegembiraan untuk berjumpa keluarga, tapi Allah lebih sayangkan dia. Siapalah kita untuk mengubah apa yang telah tertulis sejak azali. Sedekahkan doa untuk dia, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dijauhkan dari azab kubur dan seksaan api neraka.


Berita lanjut:
BERITA HARIAN
UTP DAILY
UTUSAN MALAYSIA








yang-kita-kena-selalo-ingat:
  • Andainya kita pergi sebagai seorang Muslim yang beriman, Alhamdullillah bahagia pasti menanti. Tapi kalao hidup pon masih jahil dan bergelumang dengan dosa, macam mana? Ya Allah.
  • Berusaha untuk memulakan perjalanan sekurang-kurangnya dengan Bismillah. (Yer, aku memang manusia yang mudah terlupa. Jadi, tolong ingatkan aku!)
  • Tak sampai hati nak cerita pasal eksiden ni dengan mak. Mak memang orang yang mudah risao. (Bukan sebab malas nak dengar tazkirah okayhhh!)
  • Hidup ni kita memang kena selalo aware dengan sekeliling. Kadang-kadang kita dah cukup cermat tengah jalan, tapi kenderaan laen? Subhanallah, bas dengan lori pon ada macam nak racing kat highway.
  • Kak Pijah ooo Kak Pijah, jangan bawak laju-laju. Ingatlah kami yang tercenta (;

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita!

8 Mac 2011


Tahu tak harini hari apa wanita-wanita sekalian? Yela, memang la hari Selasa! Tu betul, apa yang tak betul pulak kan.


Yesss hari jadi Ong Mar Vin ngan Mak Engku kita!!

Ucapan dari Moh untuk Anis & Marvin dalam GG mechy_jan07. Kalao da publish macam ni, kira dah wakilkan satu course lah ;)



-----



Dannnn dannnn... another highlight for to-date - Hari Wanita Sedunia
*Maxis siap bagi MMS free sempena Hari Wanita*.


Dalam famili aku sendiri, ada satu hero tapi empat heroin. Dan majoritilah yang selalu menangkan! Muahaha. Sori ayah, sayang ayah.





Jadi, buat wanita-wanita sekalian, ni dia lagu-lagu khas untuk anda, aku pilih yang versi klasik punya.












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails