Tuesday, March 15, 2011

Yang pergi

Siapa yang dapat mengagak,

Harini kita ketawa dan tersenyum gembira,

Hari esok, kita cuma sekujur tubuh yang kaku dan tidak bernyawa.



Al-fatihah buat seorang sahabat, Khairul Hakimi aka Kero yang telah kembali ke rahmatullah 10 Mac 2011 yang lalu. Walaopon aku dan dia bukanlah orang yang rapat, tapi ketiadaan beliau di dalam kelas Advance Manufacturing Technology selepas ni sedikit sebanyak boleh buat aku sebak.


Siapa sangka dalam kegembiraan untuk berjumpa keluarga, tapi Allah lebih sayangkan dia. Siapalah kita untuk mengubah apa yang telah tertulis sejak azali. Sedekahkan doa untuk dia, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dijauhkan dari azab kubur dan seksaan api neraka.


Berita lanjut:
BERITA HARIAN
UTP DAILY
UTUSAN MALAYSIA








yang-kita-kena-selalo-ingat:
  • Andainya kita pergi sebagai seorang Muslim yang beriman, Alhamdullillah bahagia pasti menanti. Tapi kalao hidup pon masih jahil dan bergelumang dengan dosa, macam mana? Ya Allah.
  • Berusaha untuk memulakan perjalanan sekurang-kurangnya dengan Bismillah. (Yer, aku memang manusia yang mudah terlupa. Jadi, tolong ingatkan aku!)
  • Tak sampai hati nak cerita pasal eksiden ni dengan mak. Mak memang orang yang mudah risao. (Bukan sebab malas nak dengar tazkirah okayhhh!)
  • Hidup ni kita memang kena selalo aware dengan sekeliling. Kadang-kadang kita dah cukup cermat tengah jalan, tapi kenderaan laen? Subhanallah, bas dengan lori pon ada macam nak racing kat highway.
  • Kak Pijah ooo Kak Pijah, jangan bawak laju-laju. Ingatlah kami yang tercenta (;

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails