Wednesday, August 24, 2011

#11 Wordless Wednesday - Salam perantauan


 Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Semoga selamat sampai ke rumah dengan selamat.Yang pulang memandu, ingatlah orang tersayang. Yang berhari raya di perantauan, jangan sebak-sebak dengar lagu raya ok! ^___^
 

Buat orang-orang Perlis, Pahang dan KL, nantikan kepulangan kami!




Dari kami, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Petronas, yang jauh terdampar di bumi Tronoh.







pssss:
Aku sedar aku bukan sempurna, banyak cacat dan celanya. Sebagai seorang anak, adik, kakak, sahabat, pelajar, manusia malah hamba pada Tuhan yang satu, banyak lagi yang kurang. Hanya ampun dan maaf yang mampu diucapkan andai ada yang buruk di mata atau tersentap di hati. Moga Ramadan yang kian ke penghujungnya ini bukan lagi sia-sia dan Syawal yang bakal tiba membawa seribu keberkatan. Aminnn.

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan 1432 H



More eye catching picures click here.




Salam Ramadhan. Salam Nuzul Quran. Dari bumi Tronoh.

Banyak-banyaklah kita pertingkatkan amalan ibadah kita Ramadhan ini. Bukan untuk dibanggakan, tapi demi keredhaanNya. Entah masih ada atau tidak kita untuk Ramadhan seterusnya. Wallahualam.
*Sekadar peringatan untuk diri-sendiri yang selalu terleka dan terlupa*

#10 Wordless Wednesday - Gary ahhhh

My man! Cool haaa.. source



Among all the guys in Running Man, he is my favourite, and I also wonder why? Maybe because he is a sweet talker? Haha.





Background song: Leessang - The Girl Who Can't Break, The Boy Who Can't Leave :)

Tuesday, August 16, 2011

###


Meh gua cerita satu benda. Nak tau, sila sambung baca, takmau tau boleh klik kotak pangkat kat bucu atas belah kanan. Gua bagi pilihan, ecehh. Bajet sungguh. #kemaihcendoi


Sebanarnya benda nak bagi tau ni takdak lah penting sangat pon macam siapa bakal calon laki gua atau bila gua nak tamatkan zaman buang trangtangtang gua. Haha, lagi sekali dok karang ayat bajet. #kemaihcendoi


Nampak tak simbol # yang gua taip kat atas tu. Simbol tu nama dia hashtags, so kalau pengicau-pengicau twitter, benda ni cam ala-ala benda sunat kena tau, selain macam mana nak retweet RT atau lagi basic macam mana nak tweet.


Ok, balik kepada topik #hastags tadi, kalau sapa-sapa yang taktau boleh klik kat twitter help center ni. Gua malas nak copy paste sebab gua tau satgi ada la gua melalut ikot jalan jauh sebelom sampai ke tujuan asal gua buat entry ni. Gua tak suka la. #kemaihcendoi

OK OK berbalik balik kat apa yang gua nak sampaikan dengan sebenaq-benaqnya, nampak tak sampai 3 kali gua taip #kemaihcendoi kat atas tu? Tolonglah cakap nampak, tak ikhlas pon gua tak kesah. Hehe.


Ada la dua tiga hari lepas, member-member utagha gua dok tweet pasal #kemaihcendoi ni. Depa dok nak wat trending. Gua gelak-gelak ja baca tweet-tweet depa, tapi last-last terlayan sekali tweet walaupon cuma dua tiga sebab gua ni kan otak beku beku seket. Kurang idea, kurang imaginasi, kurang kreatif dan agak kureng. :)




Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket





nota-kecik: #kemaihcendoi ni maksudnya macam ala-ala poyo gitu, bajet bagus. Atau utagha kata dok wat kemaih. Haa, jangan dok tanya sebab apa cendoi, bukan laksa ka, ABC ka, biskut semperit ka, sebab aku pon malas nak ambik tau. Hakhak.


okbai. Assalamualaikum.

Sunday, August 14, 2011

#kidal

 Bermula dari tweet ini...


Photobucket



Baru aku tahu yang rupanya wujud hari spesel untuk manusia-manusia #kidal macam aku ni pada 13 Ogos. Credit to penaberkala. Jom kita bagi pantun 2 kerat kat dia, "Pi shell isi minyak, terima kasih banyak-banyak".

Dan pastu da macam reunion kanak-kanak #kidal pulak kat twitter bak kata Irda. Hehe. Sampai AminZik pon nak tumpang sekaki sebab katanya kaki dia #kidal. Taktau la apa yang #kidal, agaknya dia tendang bola pakai kaki kiri kot.



Photobucket



Sebab penaberkala buat post spesel sempena Hari Kidal Sedunia, aku pon nak share seket. Takleh banyak-banyak, sebab aku ni seikhlasnya cuma #kidal bila waktu nak menulis ja. Senang cakap aku macam kena sipi-sipi ja la fenomena #kidal ni. 

Bila tulis ja aku pakai tangan kiri, yang lain-lain macam main badminton, makan, tukar mentol lampu, pakai gunting, main gitar *erk, bila tahun la pulak aku dok main gitar kan* dan lain-lain yang berkaitan semuanya adalah tangan kanan. Eh eh basuh berak aku pakai tangan kiri naa. 

Tapi kalau perasan, manusia #kidal ni gaya tulis dia lain seket. Macam budak bawah ni menulis, haaa macam ni laa cara aku tulis. Ada member-member aku tengok sampai berpusing-pusing tangan ngan badan kalau nak menulis. Kertas pon kadang sampai da pusing 180 darjah. 



Photobucket



Ada yang cakap semuanya sebab nak biasakan dengan kedudukan badan dan jugak peralatan. Contohnya, macam kerusi meja dalam lecture room kat UTP, tak ke payah untuk para #kidal-an. Tapi kan, da nama pon alah bisa tegal biasa, kita layankan ja.

Ada jugak yang cakap manusia #kidal ni pandai dan bijok. Nak tau lebih baca sini. Ni semua menurut kajian, orang #kidal lagi dominan menggunakan otak kiri. Aku malas nak cakap pasal tu, sebab bagi aku apa yang lebih penting usaha. Boleh tulis pakai dua-dua belah tangan campor kaki pon kalau takdak usaha, hmm longkang jugak la jawabnya.

Dan dan ada jugak yang cakap manusia #kidal ni tulisan cantik-cantik. Haha, cantik kerrr? *Kalau muka yang cantik kan baguih* Kalau setakat tulis esaimen ke tulis surat tu ok la kot. Tapi aku bab menjawab exam ni, tulisan subhanallah. Mau-mau waktu ngah kabut menggoreng, kalah tulisan doktor ok! Nasib baik kertas exam tu antara aku, pemeriksa dan Tuhan ja.

Dalam banyak-banyak, paling aku tak gemar kalau nak kena menulis dalam buku tebal, takpon buku tu jenis pakai ring kat tepi. Dah #kidal ni payah la seket nak tulis kat mukasurat sebelah kanan buku, kat bahagian kiri. Sebabnya nanti tangan akan berlanggar ngan bahagian tengah buku. Jadi, kalau ada notebook macam tu, memang aku selalunya start tulis kat bahagian tengah mukasurat macam kat bawah ni. Kan da terpaksa membazir sebelah mukasurat.



Photobucket
Semangat gila lukis pakai paint. Teehee



Dalam dunia ni banyak jugak orang bijak pandai, pemimpim negara, tokoh terkenal yang adalah #kidal belaka. Contohnya, Saidina Umar, Bill Gate, Alexander The Great, Lin Dan, Beethoven, Leoanardo Da Vinci, Oprah, Isaac Newton, Albert Einstein. Sumber


Photobucket
Sebab main gitar pakai tangan kiri, Man Kidal pon sanggup taruk nama #kidal. Glemer tuhh!




Photobucket
Rumet gua yang #kidal jugak. Hi Che Nah :)






Ni bukti secara visual gua manusia #kidal. ^_____^


Photobucket
Sori la muka sememeh. Bab ilmiah ni gua tak pernah main-main *Tipooo gila*





okbai.

Saturday, August 13, 2011

Ahli keluarga nombor 6

 Aduh lagi 2 minggu semester nak habes, memang berzikir ja laju-laju dalam hati nak siapkan segala benda.
*Ingat nak buat list kerja-kerja yang bertimbun, tapi mengingatkan kadang-kadang aku pon tensen tengok list kerja orang laen, aku takmao la hampa pon naik tensen baca list aku yang kalao tulis satu A4 pon tak cukup*







 Ni kucing gua, nama dia Lilo.

Jangan tanya sebab apa nama dia Lilo, gua balik ja satu rumah panggil Lilo. Ok, sebenarnya kak ngan adik gua ja panggil dia Lilo, sebab mak gua panggil dia Telo, ayah gua pulak tak panggil apa-apa.

Penat ok nak betolkan grammar mak gua ni. Dah cakap Lilo Lilo Lilo. Tapi pagi-pagi mesti dia dok jerit dari dapoq "Telo, Telo meh makan meh". Aiyak.


Photobucket
Muka bajet comel ni cuma ada bila nak makan. Cis kucing pon pandai bermka-muka. ^___^


Lilo, gua balik rumah minggu lepas sempat jumpak lu dua kali ja. Lu ni banyak sangatlah berjimba-jimba kat luar. Tau lah lu sudah jatuh cintan sama awek ekor panjang depan rumah sampai tak nak balik. Tapi time makan lu tau pulak carik jalan balik rumah.

Wednesday, August 10, 2011

#9 Wordless Wednesday - EDX 25

Setahun berlalu

ETP 36
Kenangan pahit-manis-masam-payau-kelat

Akhirnya dibalas dengan 'gold medal'
*Syukur*



Photobucket



Photobucket

*Demi sebuah video, Aik jadik peragut, aku jadik mangsa ragut*





nota-pendek: Kini, EDX (Engineering Design Exhibition) sudah bertukar nama SEDEX (Science & Engineering Design Exhibition)

Wednesday, August 3, 2011

#8 Wordless Wednesday - Mimpi

Photobucket



Malam tadi, aku mimpi adik aku hilang dan aku pulak macam orang gila dok mencarik dia.
*Cuak apa nak menjawab ngan mak aku*


Las-las dia muncul sok pagi dan dia cakap pi mancing.


Cinabeng punya budak. Aku balik Khamis ni memang siap la!

Monday, August 1, 2011

Durian punya pasal #2

Kita sambung balik perjalanan lepas dari Pesta Durian Bukit Gantang. Kan da cakap sebab motifnya hanya nak makan durian, lepas ja habes makan terus cabut. *Tak nyempat-nyempat*


Sampai ja Taman Tasik Taiping, hujan rahmat turun. Lepak-lepak dulu kat surau Zoo Taiping sampai da renyai, baru p tasik balik. Dan kanak-kanak ni amatlah suka ok 'bergambaq'.





Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket
Jurugambar-in-action.



Photobucket
"Yer yang, ai kat Tasik Taiping ni. U kat mana ni? Kat Mee Udang?" - kata Jatjat kepada Abang Aseng. :)





Photobucket
Ni semangat namanya!





Lama la jugak lepak. Pastu ada aktiviti Youth apa ntah kat situ, so jalan-jalan sat sambil tunggu kereta Sofia. Sebab pastu nak pi makan Mee Udang Kuala Sepetang. Mak Jah punya okehh, bukan Mak Teh ke Pak Salleh. Sebab yang ni paling sedap. Ohh Mee Udang Mak Jah dah bukak cawangan kat Wangsa Maju. Cekedout sini.





Photobucket
13.





Yang paling femes mestilah mee udang. Kalao banjir 11 hengget, yang biasa 7 hengget. Udang takyah cakap la kan, memang banyak. Menu laen pon ada jugak, dan semuanya memang ada udang. Tapi kalao yang tak makan udang macam si Najwa kan, boleh ja mintak tanpa udang.





Photobucket
Mee udang banjir.



Photobucket
Kuew teow udang. Licin.



Photobucket
Sofia - Syikin - Mia - Emy - Aos - Echah - Wani - Jatjat
Najwa - Ana - Kistin - CikMin - Tanjong







Photobucket
Cakk! *Muntah hijau 48 kali*





okbai.






All pictures credit to Najwa Sofwani & Dayang Farhana o.O

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails