Tuesday, August 16, 2011

###


Meh gua cerita satu benda. Nak tau, sila sambung baca, takmau tau boleh klik kotak pangkat kat bucu atas belah kanan. Gua bagi pilihan, ecehh. Bajet sungguh. #kemaihcendoi


Sebanarnya benda nak bagi tau ni takdak lah penting sangat pon macam siapa bakal calon laki gua atau bila gua nak tamatkan zaman buang trangtangtang gua. Haha, lagi sekali dok karang ayat bajet. #kemaihcendoi


Nampak tak simbol # yang gua taip kat atas tu. Simbol tu nama dia hashtags, so kalau pengicau-pengicau twitter, benda ni cam ala-ala benda sunat kena tau, selain macam mana nak retweet RT atau lagi basic macam mana nak tweet.


Ok, balik kepada topik #hastags tadi, kalau sapa-sapa yang taktau boleh klik kat twitter help center ni. Gua malas nak copy paste sebab gua tau satgi ada la gua melalut ikot jalan jauh sebelom sampai ke tujuan asal gua buat entry ni. Gua tak suka la. #kemaihcendoi

OK OK berbalik balik kat apa yang gua nak sampaikan dengan sebenaq-benaqnya, nampak tak sampai 3 kali gua taip #kemaihcendoi kat atas tu? Tolonglah cakap nampak, tak ikhlas pon gua tak kesah. Hehe.


Ada la dua tiga hari lepas, member-member utagha gua dok tweet pasal #kemaihcendoi ni. Depa dok nak wat trending. Gua gelak-gelak ja baca tweet-tweet depa, tapi last-last terlayan sekali tweet walaupon cuma dua tiga sebab gua ni kan otak beku beku seket. Kurang idea, kurang imaginasi, kurang kreatif dan agak kureng. :)




Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket





nota-kecik: #kemaihcendoi ni maksudnya macam ala-ala poyo gitu, bajet bagus. Atau utagha kata dok wat kemaih. Haa, jangan dok tanya sebab apa cendoi, bukan laksa ka, ABC ka, biskut semperit ka, sebab aku pon malas nak ambik tau. Hakhak.


okbai. Assalamualaikum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails