Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


|
|
|


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"



Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW.






Sunday, February 13, 2011

aku, dia & vintage photo contest

Haiyaaa, ini contest hasil tag dari budak kecik itu anak pakcik Zulkifli.


Nama contest ni 'aku, dia & vintage', dianjurkan oleh tuan tanah komandthetypewriter. Hadiah dia memang gempaklah! Kamera polaroid woot woot. Tarikh akhir penyertaan da nak dekat 25 Februari 2011.






Before:


After:


Kalao tengok dua-dua gambar ni, tak banyak pon aku edit. Klik sana, klik sini terus aku post. Lokasinya kat Kellie's Castle, Perak waktu aku balik UTP convo lepas. Snap by Ila.


Memandangkan tuan penganjur suruh tag tiga orang atao lebeh, aku dengan suka hatinya tag kamu semua yang baca blog ni. Well, yo know who you are rite!









7 LAGU

Tuhan memberikan
Dua kaki untuk berjalan
Dua telinga untuk mendengar
Dua tangan untuk menggenggam
Dua mata untuk melihat

Tapi kenapa Tuhan hanya memberi sekeping hati untuk kita?
Kerana Tuhan memberikan sekeping hari lagi kepada seorang
Untuk kita mencarinya
Dan itulah cinta


7 LAGU
Khabir Bhatia




nota-pendek: Peminat Khabir Bhatia amat patot menonton telefilem ni.. Very nice ending.

Thursday, February 10, 2011

Berita hari ini


Walawehhh, ghablajingga la hampa ni. Mak pak hantaq pi sekolah, hampa pi ponteng watpa? (Tengok Che Nah, kat Bintong lak tu, tanah jajahan hampa ni!)

Ni da kantoi, sapa nak pi settlekan? Mak pak jugak! Mentang-mentang la Perlis dok giat tanam anggur dengan tebu la niyh, hampa pon kunun nak menyahut seruan kerajaan la ek? Nak jadi apa? Tukang petik?!


Berita penuh di sini!



nota-pendek: Motif entry? Bukak-bukak online Berita Harian terus ada news kat Perlis, terus rasa nak buat entry. (Okayhhh, tu maknanya memang tak bermotif)

Friday, February 4, 2011

Gong Xi Fa Cai

Gong Xi Fa Cai to all my Chinese friends, Derma & UTP, also engineers in Celestica
Hopefully, this rabbis year give more ongggg!





Tadi aku mesej SV aku:

Aku: Hi bos, happy chinese new year ;)
Bos: Thanks. Not boss already. Lol. Have a happy holiday for u then.
Aku: Yeah. So when can i claim angpow from u? Haha
Bos: Not married yet. How to give u angpow? Lol. Gf also don have yet. So u have wait for quite some time i think.
Aku: Liew, don work 2 hard.. Get some time n find gf. Hee. Btw, tc.
Bos: Haha. I will. Thanks.

Sesuka hati aku je suruh bos aku pi carik makwe (Angpow punya pasal). Nasib dia sempoi, melayan je. Takleh mesej lebeh-lebeh, kang lagi melalut aku. Dah tak pasal-pasal kena mintak maaf lagi. Haha

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Mesir

Dalam kita dok baca-baca OhBulan, BeautifulNara, OhArtis atao seliparburok, apakata kita selit-selit baca sekali pasal Krisis Mesir ni sekali.


Doakan keamanan di bumi Mesir, untuk umat Islam yang tidak berdosa, jugak rakyat Malaysia yang masih ada di sana semoga selamat. Aminnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails