Sunday, August 14, 2011

#kidal

 Bermula dari tweet ini...


Photobucket



Baru aku tahu yang rupanya wujud hari spesel untuk manusia-manusia #kidal macam aku ni pada 13 Ogos. Credit to penaberkala. Jom kita bagi pantun 2 kerat kat dia, "Pi shell isi minyak, terima kasih banyak-banyak".

Dan pastu da macam reunion kanak-kanak #kidal pulak kat twitter bak kata Irda. Hehe. Sampai AminZik pon nak tumpang sekaki sebab katanya kaki dia #kidal. Taktau la apa yang #kidal, agaknya dia tendang bola pakai kaki kiri kot.



Photobucket



Sebab penaberkala buat post spesel sempena Hari Kidal Sedunia, aku pon nak share seket. Takleh banyak-banyak, sebab aku ni seikhlasnya cuma #kidal bila waktu nak menulis ja. Senang cakap aku macam kena sipi-sipi ja la fenomena #kidal ni. 

Bila tulis ja aku pakai tangan kiri, yang lain-lain macam main badminton, makan, tukar mentol lampu, pakai gunting, main gitar *erk, bila tahun la pulak aku dok main gitar kan* dan lain-lain yang berkaitan semuanya adalah tangan kanan. Eh eh basuh berak aku pakai tangan kiri naa. 

Tapi kalau perasan, manusia #kidal ni gaya tulis dia lain seket. Macam budak bawah ni menulis, haaa macam ni laa cara aku tulis. Ada member-member aku tengok sampai berpusing-pusing tangan ngan badan kalau nak menulis. Kertas pon kadang sampai da pusing 180 darjah. 



Photobucket



Ada yang cakap semuanya sebab nak biasakan dengan kedudukan badan dan jugak peralatan. Contohnya, macam kerusi meja dalam lecture room kat UTP, tak ke payah untuk para #kidal-an. Tapi kan, da nama pon alah bisa tegal biasa, kita layankan ja.

Ada jugak yang cakap manusia #kidal ni pandai dan bijok. Nak tau lebih baca sini. Ni semua menurut kajian, orang #kidal lagi dominan menggunakan otak kiri. Aku malas nak cakap pasal tu, sebab bagi aku apa yang lebih penting usaha. Boleh tulis pakai dua-dua belah tangan campor kaki pon kalau takdak usaha, hmm longkang jugak la jawabnya.

Dan dan ada jugak yang cakap manusia #kidal ni tulisan cantik-cantik. Haha, cantik kerrr? *Kalau muka yang cantik kan baguih* Kalau setakat tulis esaimen ke tulis surat tu ok la kot. Tapi aku bab menjawab exam ni, tulisan subhanallah. Mau-mau waktu ngah kabut menggoreng, kalah tulisan doktor ok! Nasib baik kertas exam tu antara aku, pemeriksa dan Tuhan ja.

Dalam banyak-banyak, paling aku tak gemar kalau nak kena menulis dalam buku tebal, takpon buku tu jenis pakai ring kat tepi. Dah #kidal ni payah la seket nak tulis kat mukasurat sebelah kanan buku, kat bahagian kiri. Sebabnya nanti tangan akan berlanggar ngan bahagian tengah buku. Jadi, kalau ada notebook macam tu, memang aku selalunya start tulis kat bahagian tengah mukasurat macam kat bawah ni. Kan da terpaksa membazir sebelah mukasurat.



Photobucket
Semangat gila lukis pakai paint. Teehee



Dalam dunia ni banyak jugak orang bijak pandai, pemimpim negara, tokoh terkenal yang adalah #kidal belaka. Contohnya, Saidina Umar, Bill Gate, Alexander The Great, Lin Dan, Beethoven, Leoanardo Da Vinci, Oprah, Isaac Newton, Albert Einstein. Sumber


Photobucket
Sebab main gitar pakai tangan kiri, Man Kidal pon sanggup taruk nama #kidal. Glemer tuhh!




Photobucket
Rumet gua yang #kidal jugak. Hi Che Nah :)






Ni bukti secara visual gua manusia #kidal. ^_____^


Photobucket
Sori la muka sememeh. Bab ilmiah ni gua tak pernah main-main *Tipooo gila*





okbai.

4 comments:

Hafifah said...

Dulu kecik2 aku kidal tapi lepas tu aku kena marah so practice tgn kanan n dah elok dh. Cumenye..aku still mnulis dgn ktas senget 180 drjah.

penaberkala said...

ada jugak manusia pelik camni
menulis je kidal, yg lain tak,hahaha
first time tau
seb bek ada hari kidal sedunia, boleh gak tau cerita mistik,lol

balas pantun dua kerat
panda pergi picnik,anda memang unik!

bab menulis start dari tengah tu memang ganjil
kena praktis lagi tuh, gang kidal tak suka pembaziran buku tulis,kahkahkah

zureen-chan said...

wani, ko patut letak gambar dr. faiz puji tulisan ko kat assignment aritu. very neat writing! hehe

cikminn said...

wani kan tulisan macam komputer. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails