Wednesday, October 26, 2011

Pasar Karat, Ipoh

Yeehuu akhirnya dapat jugak jejak kaki cium tanah kat Pasar Karat, Ipoh! Ok tu tipu nak cium tanah, ingat macam Saadom ka nak beremosi dengan tanah. Punyalah lama kepingin nak usha sana, sampai jugak ^^

Pernah dengar tempat nama Pasar Karat? Memory Lane? Alaa kalau otw nak ke Ipoh Parade, ikut Jalan Sultan Idris Shah (Kalau dari area Medan Kidd / Little India nak ke Ipoh Parade mesti lalu jalan ni), lepas seket dari Yik Fong mesti nampak ada papan gerbang tulis Memory Lane besaq-besaq sebelah kanan. Ahhaa kat situlah lokasi Pasar Karat. Takpon kalau tau The Store, Ipoh memang dah dekat sangatlah tuh. Ohh yaa aku terpaksa carik kat Foursquare sebab kat Google Maps takdak.


Zopo yang pemalu *Tangan di dada, mata ke atas


Hari-hari biasa memang kosong sebab cuma beroperasi hari Ahad, dari 7 pagi sampai 1 petang. Pagi Ahad memang meriah. Semeriah pagi Ahad aku yang lepas. Pukul 4.30 pagi dah bangun, ambik Kistin kat KTM Batu Gajah, sampai bilik dalam 5.30 pagi, terus mandi, solat subuh. Terus online, kalau tidoq takut musnah terus plan. Ni antara paling awal aku bangun dan mandi pagi, selain waktu zaman OBS dulu. Hehe


Buku-buku. Bahasa Melayu, Cina, Tamil, Inggeris, ilmiah, tak ilmiah semua ada.


Dalam 7.15 pagi terus gerak dengan Zopo, dating dua orang. Tak pukul 8 pagi lagi da sampai, tapi parking da penuh okehh. Terpaksa masuk parking dua hengget. Satu-satu gerai singgah yawww. Bukan nak beli pon tapi suka usha-usha, belek-belek. Peniaga pon sangat cool, tenggeklah sampai lenguh pungkoq pon, belek la lama mana pon tak marah. Nak ambik gambaq pon ok.


Duit syiling dengan wang kertas lama aku paling suka tengok. Pengumpul duit lama mesti suka nih. Banyak kot gerai yang jual.


Barang-barang kat sini memang ada yang tak terjangkau dek akal boleh market kat sini. Kipas angin ada kaki, takdak kaki, siap ada penyepit semua ada. Seterika dolu-dolu, sekarang-sekarang pon ada. Plug suis, charger henset, bumper kereta, beg gaya retro berlambak. Kalau moto da patah cermin tuh, kat sini banyak. Roda almari kalau hilang satu payah sangat nak carik ganti, jangan risau Pasar Karat ada jual. Gaun pengantin pon ada jugak tau.


Main tikam zaman dulu memang IMBA. Pakcik ni dok cerita dah ada dari zaman dia kecik dulu, 60an kot. Mula tarik kertas biru, pastu tarik pulak kertas merah ikot nombor yang ada kat kertas biru. Ikut nasib la keluar gambaq apa kat kertas merah tuh.


Aku ngan Zopo satu hapa pon tak beli, tapi suka usha-usha. Dua jam jugaklah kat situ. Kuikuikui. Ohh hampir-hampir nak angkut satu jam Boy London lama tapi kensel. Teringat dulu kak aku ada satu, siap boleh tukar kaler ikot waktu. Penatlah nak cerita satu-satu. Tengok gambaq la nohh.





Kat sini banyak jual koleksi piring lagu lama. Pemain piring pon ada. Sebelah tu radio lama, ala-aka zaman Anakku Sazali gitewww.

 

Ni Ujang versi 1998 kalao tak salah. Singget kalau tak salah ingat-ingat lupa.


Tengok, kalau pukul 9 pagi tuh, mesti pelik apesal tiba-tiba makin sempit nih. Ramai sangat orang, kena datang awal. Barulah tak sesak, tak panas.


Ni lagi IMBA. Kalau tak salah tahun 2006 kot.






Malu nak tunjuk tapi nak tunjuk gak!

Ai loikeee :)


Lepas tuh p pekena nasik ganja pulak. Fes time sampai, tapi ok lah kot sebelom grad kan. Hihi.






psss: Semua gambaq adalah jasa baik Zoporo! Sampai Pasar Karat nih, terus terasa nak angkut satu rumah jual lambak kat sini. Agak-agak boleh market tak?

4 comments:

Hazwan Arif said...

woii..macam rope walk kat penang..menarik2

penaberkala said...

haha, tu pasal yau
macam rope walk kat penang
ada jugak rupanya kat perak, ak baru tau ada pasar karat kat perak

zero said...

apa barang pasar karat. rope walk lg best! haha. semangat kenegerian tak? :D

NAZREE said...

ini stailo...aku kesini kadang-kadang cari collectibles item! Memory lane, the place where all the memories were sold! Time to buy them again!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails