Sunday, October 2, 2011

Bukit Bendera, Penang

Punyalah lama berangan nak naik Bukit Bendera dari zaman praktikal nuhhh tapi hajat tak kesampaian sebab punya la lama dok renovate tak siap-siap. Rasanya dua kali gua pernah sampai puncak Bukit Bendera, yang pertama waktu kecik-alololo-comelnya tapi gua pon tak ingat, ni mak gua la yang cakap.

Pastu gua naik waktu tingkatan empat. Haa yang ni jangan main-main, tak main la naik kereta kabel ni. Gua daki okeh! DAKI! Pakai tulang empat kerat, membanting peluh sampai puncak. Waktu tu gua join pasukan pengakap negeri pi Jambouri Penang. Siap ada sijil, gua simpan baik-baik dalam fail. Mana tau nanti bila tunjuk kat orang yang interview kerja gua, dia akan terus terkagum dengan potensi yang ada dalam diri gua dan terus ambik gua kerja. Ahaha kecoh gila pompuan ni, orang da sampai Everest kot waktu tu.

Walaupon penggunaan 'mendaki' tu bunyiknya susah gila macam panjat Gunung Kinabalu dan pada hakikatnya cuma ikot jalan yang telah tersedia dengan tar, tapi gua tetap bangga dengan diri sendiri. Muahaha.


-----------------------------


Lepas ja exam Engineering in Society hari Jumaat, Sabtu pagi gua terus cabut pi Penang. Nasib baik la ada gap empat hari sebelum kertas Failure Analysis & Non-Destructive Examinations yang gua gila kecewa bila baca soalan pertama ialah sila isi jadual, langsam 25 markah.

Pi Penang ni pon semata-mata nak jumpak Zareen la kononnya sebelum dia berangkat pi Manchester nak jumpak team faveret dia kat sana. Awat la ang dok sana setaon ja, takdan aku nak kumpul duit nak pi jenguk ang tau!

Untuk rakyat Malaysia yang dewasa, tiket kereta kabel cuma rm8.00 tapi yang ada kad pelajar dapat 50% diskaun. Kalau pelancong gila mahal kot tapi da tak ingat berapa. Jadi, jangan lupa bawak IC dan kat matrik masing-masing ok. Barulah berbaloi-baloi! Kereta kabel ni ada setiap 10 minit. Kalau ramai orang tu, pandai-pandai la menyelit. Lagi satu, kawasan Bukit Bendera ni memang payah gila nak dapat parking, jadi kena hati-hati takut kena saman dengan Majlis Perbandaran, mau-mau kereta yang nombor plat luar Penang tu.

Siapa yang pernah tengok muvi Ali Setan, alaaa yang dok glemer dengan ayat Sheila Majid 'Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!', mesti ingat scene Ali (Azmil Mustapha) ngan Asmidar (Ogy Ahmad Daud) dok bercinta kat sini. Antik kot kereta kabel zaman tu.

Lepas turun Bukit Bendera, terus pi melantak Claypot Beriani kat Kapitan. Mesti wajib singgah.



Tiket.


Lepas beli tiket rm4.00 satu.


Dalam kereta kabel.


Gambaq paling ai loikee sebab Zareen macam mami jarum nak bergosip :)


Wani. Yaya. Ila. Zareen. Che Nah


Teropong satu Penang.




Depan pintu masuk.



Untuk hampa semua, selamat bekerja dan belajaq leklok. Zareen, dok Manchester jangan lupa tanah air! Ada rezeki dan waktu kita jumpak lagi, insyaAllah..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails