Tuesday, October 4, 2011

Treasure Hunt ConvoFair 2011

Menghabiskan sisa-sisa hidup di UTP di hujung minggu yang suram, ini dia satu lagi aktiviti Treasure Hunt ConvoFair 2011 Ahad lepas. Dengan inisiatif Najato yang mengajak, terus kumpul lima orang satu pasukan. Nak mencarik pon satu hal sebabnya ramai yang masih kecundang di rumah.

Kumpul dalam pukul 8.00 pagi, makan sarapan dulu. Cabaran pertama, pancing ikan. Ahaha. Kalau Tajol, Kalai takpon Bob yang masok, mesti depa yang paling champion! Siyes, banyak gila ikan kat tasik ni. Lempar ja tali pancing tak sampai setengah minit, umpan da kena makan. Rasa nak hampar surat khabar ja kat situ.

Pastu, ada lagi tujuh checkpoint boleh pi mana-mana dulu ikot suka kaki masing-masing. Tiap-tiap checkpoint ada soalan dan task yang kena diselesaikan. Paling tak tahan kat Pocket C kena makan jering, petai ngan peria cicah budu pastu minum air halia satu gelas. Memang senak perut aku nak lari pulak pi Sport Complex nuhh. Ketaq habis kaki oi.


Sebelom. Echah - Najato - Wani - Ana - Tanjong

Pancing ikan. Echah petik jari terus kena 2 ekor.

Tanjong. Makan epal punya pasal.

Ana. Basketball.

Lenggang-lenggang kangkung. Aim pon tak tinggi - asalkan bukan nombor paling hujung. Pemalas la hoiii. Ahaha.

Selepas. Muka pon da macam kena bakar.

Abang akak final year. Paling hingaq.



Teringat zaman jadik komiti Games & Competition ConvoFair 2009. Meriah gila waktu tu! Well, goodluck komiti ConvoFair 2011.


psss: Cerita lagi padat dan jitu tekan sini. Semua gambar cilok dari kamera Ana ngan Tanjong. ^^

2 comments:

Hazwan said...

name dia siti tanjung eh?haha

seliparburok said...

ahaha.. taklah. nama dia tengku anis, tapi aku suka ja panggil dia tanjong :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails