Sunday, May 9, 2010

mode: ADAMAYA

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

nyanyian: Dakmie



taw tak atas ni lirik lagu apa? taw tak? *okayh wanie tak perlu la ulang tanya sampai dua kali* ;)

ni lagu OST adaMaya. nasib baek la series ni baru 19 episod. kalao dah 150 episod, mao sampai habes exam pon pungkoq aku dok melekat kat kerusi menghadap cerita ni.

tak sabao tunggu last episod khamis ni, kata najato la. hehe.

Maya.. tolong bukak mata okayh~ *tengok cerita pon ley wat aku emo. haish*

Saturday, May 8, 2010

selamat hari mak

kalao la oang leh cakap berapa banyak oang sayang sangat kat mak! oang taw oang selalu buat salah ngan mak *senang cakap tiga-tiga anak dara mak ni sama ja kan ;)*


kurang ajar ngan mak, lawan cakap mak, wat donno bila mak stat cerita, malas-malas bila mak suh wat nasik kucing, boleh pi beli pizza walao mak da masak banyak, lagi sanggup maen badminton dari tolong mak tebas rumput *woa.. banyak ni dosa ngan mak*


tapi oang tetap nak cakap oang sayangkan mak! mak bukan mak yang suka memaksa. tak kesah kalao anak tak keja besar asalkan dekat dan sentiasa ingatkan dia. tu pasal mak selalo promote anak-anak dia jadi cikgu~


tapi setakat ni dua da bakal engineer +_+








mak! selamat hari mak!
lup u sampai mati

tak dosa pon kalao tak paham

* malam indah
** kek sedap
*** lampu jalan
**** cerita bagus

***** lambaian Gen-2
****** tongkat sakti
******* payung campo silver
******** run & pose



sekian terima kasih. gud niteeee~

Thursday, May 6, 2010

wilayah bergolak

woa! nampaknya gg mechy_jan07 tengah bergolak dek kerna jadual final exam yang macam haremmm~


tapi tak leh nak salahkan sesapa pon~ siapa yang nak expect cae boley kena tarik sampai 2 jun kan.. insyaallah esok masih ada. jangan gado-gado. Allah tak suka. cheer okayh \0/


rite now~ puting-beliung da reda seket. tunggu esok ramai-ramai serbu ACS yer!




one for all - all for one




cilok bukan-pantun dari nash kat gg

Kita nasik sama-sama makan

Kita kelas tolong-tolong cover
Tips exam sama-sama share
Good luck all final exam..

Tuesday, May 4, 2010

viva sudah~ test la pulak

hoyeahhhh~ da habis viva projek mecha.. bantai tak bantai gua da tak kesah. yang penting jangan lupa baca bismillah yer kawan-kawan.. itu adalah lebih berkat dari mencarut dalam hati ;)





ohhh hari ni besday kakak panjang ni



hepi besday belle!!

senyuman dia ni memang menawan yer wahai kengkawan..
sebab dia ada 3 rahsia di sebalik senyuman menawan itu~
ohhh bukan sebab dia pakai ubat gigi kayu sugi yer ;)

kalao korang taknak delete dari list frenz kat fesbuk dia..
baek korang pergi wish sekarang

hidup tak selalo cangtek kan

sumpah maloooooo bila ingat-ingat balik.. bila aku berlari terkedek-kedek semata-mata nak kejar bas perak roadways kat medan kidd.. yela bas tu da nak kuar stesen~ malas ah nak tunggu next bas lama-lama. cinabeng bila tanya je, "pakcik.. bas ni nak pi mana?" "GRIK!!" omaigoddd.. saya maloo


pandang belakang tengok pakcik drebar bas ke lumut ngan konduktor india dia da gelak-gelak.. omaigod sekali lagi. maloooo. terus jalan slow-slow. pakcik drebar lumut tu pon tanya, "kamu nak pi mana?" "UTP" "haaa.. pi beli tiket" pastu tunjuk tiket kat konduktor india tu.. dia senyum-senyum lagi sambil cakap, "saya tengok kamoo pon taw tak kan la kamu nak naek bas pi grik tu" haha. terus jalan sopan-santun naek bas tak pandang belakang dah. kuangkuangkuang. nasib baek sampai utp takdak sorang pon penumpang laen budak UTP selaen aku ;)


itu cerita petang tadi dari medan kidd ke utp. panas ohhh. taktaw berapa kati peluh aku da tersejat.



p/s 1: yer! aku memang balik hujung minggu ni. yer! saya tahu saya ada 1 viva projek mecha, 2 test campor ngan kerja nak mengcompile final repot etp tapi kalao nak tunggu semua siap..memang tunggu bungkus baju terus pergi tempat intern je la..


p/s 2: perasaan seharusnya berbeza bila sampai ke medan gopeng~ kalao dari utp nak balik rumah eksaitednya laen macam, tapi kalao dari rumah nak balik utp hati terus tak keruan ("0,)





nice pix. outing with MEGi last wednesday~ kredit to mohlensa & zak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails