Monday, April 4, 2011

Surat cinta

Surat cinta ni takdak sembur-sembur perfume ka letak bedak wangi, apatah lagi nak selit bawah pintu bilik. Simple tapi sedikit 'romantis' ;)














Surat cinta dari hosmet untuk hosmet-hosmet sekalian



Kan aku dah cakap, tajam kan! Tapi untuk golongan pemalas nak pegang senduk macam aku ni terus pandang sebelah mata surat ni.

Tapiii tapiii betullah kan!! Bila hidup ramai-ramai macam ni, mao-mao 12 orang 1 rumah, memang macam-macam peel manusia boleh jumpak. Da kata 12 jenis otak kan. Sorang macam ni, sorang macam tu.

Tapi kalao dah benda yang melibatkan public-sharing macam toilet, dapur, peti ais, sangat la tak ayu kalao masing-masing nak ikot kepala lutut sendiri. Da guna dapur jangan lupa kemas balik. Lepas makan, basuh pinggan cawan jangan biar sampai berkulapuk atas sinki. Pakai peti ais tu ingat-ingat la orang lain pon nak letak barang jugak.

Hidup 4 tahun ramai-ramai macam ni, pernah ja aku nampak scene yang meloyakan anak tekak macam periuk nasik tak berbasuh sampai naik kulat, lebihan minyak dalam mangkuk da hitam pon tak reti-reti nak basuh. Babak sisa makanan terbiar dalam sinki memang tak payah cakap la kan, normal sangat tu. Bukannya apa, kalao kita tak buat sendiri, bajet sapa lak yang nak nolong buatkan?

Dan kakak senior kat rumah aku ni sangat bagos. Selalo ja dengar keletang keletung masak kat dapur, tapi bila pi dapur ja serius macam tak masak pon. Periuk belanga da elok berbasuh, tompok minyak pon tak nampak.

Aku? Hehe (Kadang-kadang terbabas jugak)




Sekadar peringatan untuk diri-sendiri. Adios.



nota-pendek: Tu belom ada hosmet foreigner lagi. Stok makanan meriah macam nak kenduri 7 hari 7 malam.

2 comments:

NAZREE said...

korang perempuan ini macam ka?
malulah pada lelaki weyh~..

seliparburok said...

apa pulakkk..
actually dapur rumah aku ni ok ja kot. siap makcik cleaner cakap antara paling bersih taw..

tapi yang tertinggal sisa makanan kat sinki maybe masalah technical certain2 oang. welll

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails