Wednesday, June 15, 2011

Hari jadi & hari bapa.

Aku takdak ramai ahli keluarga. Lima orang ja. Lima orang yang paling aku sayang.
Selepas apa yang termaktub dalam Rukun Iman, depa dapat seat paling atas dalam hati aku.
Mak, ayah, kakak, aku dan adik. Tak ramai kan. Lima ja.
Cukup-cukup satu kereta nak pi mana-mana.
Elok-elok sendat satu rumah nak duduk sorang seket.
Tapi mana tau rezeki pasni kot bertambah lagi. Aminnn

Walaopon aku tak 'ter'call rumah empat lima kali seminggu, bukanlah maknanya aku tak ingat.
Kadang-kadang basah jugak pipi ni ingatkan depa, mau-mau waktu tengah tensen.
Waktu tu lah rasa macam kita sorang ja yang tinggal dalam dunia ni.
Dan waktu tu jugaklah segalanya yang indah terbayang.
Makan mak masak, gaduh ngan adik-kakak, maen ngan kucing kat rumah, tengok ayah tidoq depan tv.
Yang buruk pon jadik lawa.
Pastu tiba-tiba, ehh pelik ada habuk ke masuk mata aku ni?

Paling takleh blah, boleh pulak lupa hari jadi ayah minggu lepas, 8 jun.
Ayah memanglah tak kesah, tapi bila pikir balik, bila lagik nak kipas ayah kan. Ngehehe
Da 65 tahun umur ayah, ayah memang sangat gagah. Masih bekerja.
Alhamdulillah ayah takdak penyakit 3-in-1. Mungkin sebab ayah pantang makan kalah orang muda. ;)
Paling susah jadik ayah bila dapat tiga anak pompuan, dosa tertanggung sampai la kami kawin nanti.
Susah kan ada anak pompuan ramai ni.

Fuhh panjang pulak aku taip.
Sedangkan nak ucap selamat hari jadi kombo dengan hari bapa ahad ni ja.
Takpa setiap hari adalah hari bapa. Kan kan kan...


Asalkan jangan kita lupakan mak ayah.
Lepas sembahyang, selit-selit la doa untuk mak ayah.
Buat apa pon ingat mak ayah.
*Ingatan buat diri sendiri yang selalu terlupa*





Maybe we don't talk a lot, but hey you are forever my love!




Selamat hari jadi ayah.

&

Selamat hari ayah sedunia.












JUARA AF9 HAZAMA-CINTA TERAGUNG

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu


Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku







Banyak pulak kempen sempena hari bapa ni. Jangan lupa usha!

Idea paling terboekkklah nak prank ayah ahad nanti!

Bila Dato' Shahrizat dan Altimet berkongsi video sempena Hari Bapa!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails