Wednesday, November 10, 2010

TAK SUKA WEH SELSEMA NI ;(

Masok hari ni, dah 2 hari gua MC (Selasa & Rabu). Hari Selasa p kerja lagi, bajet ok-ok je walhal bangun pagi anak tekak da rasa perit semacam. Nak masok tengah hari, terus cakap ngan Liew nak half day - selsema punya pasal. Dia cakap mc je. Siap halau-halau aku balik! Haha. Hambik kau, sampai esoknya gua sambung mc. Dari dok sok-sek-sok-sek sambil sebar virus kat kilang tu, baek gua dok rumah diam-diam, makan ubat segala warna tarik kain selimut. Kroh-kroh-kroh ;)

Ubat perlu dimakan -- Ubat selsema (aku mintak yang paling power, sure-sure yang mengantuknya, tak kesah la asal cepat baek), ubat sakit tekak (yang ni aku suka, sedap!), ubat demam, vitamin C. Siapa cakap sakit tu syiok?!





Gatai tangan lagi tengok gambar lama. Found this pic.
Well, Spot the Difference!! Hehee

Ni coursemate aku, Moh. Very-superb-pandai wa cakap lu! *Sambil tabik spring sama dia*

Tuesday, November 9, 2010

Ini amaran!

Okayh wani!! Da leh stop shopping la kot untuk bulan ni..
Ohh mungkin untuk bulan depan jugak!!
Sekarang da pandai ae hulur kad debit. Tunggu nak sign je. Ish3





Godek-godek album-zaman-muda-mudi-popyehyeh, jumpak gambar ni.
Tengok tengok!! Tiup belon pon bukan maen semangat lagi. Tabah je muka. Haha




Jangan kata semangat mai bila masok bab-bab bersuka-suki-tepuk-tepuk-tangan je, KELEJA pon semangat okayh! *Dengan harapan Liew tengok entry ni, pastu kasik iPod satu* lalalala





nota-kaki:

1) Nice one singgah Kajang. Makan sedap, tido sedap, shoping pon sedap gak *sambil kira duet syiling yang tinggal dalam wallet*

2) Mekasih-mekasih kat bapak Pot, mak Pot, abang Pot, adik-adik Pot & Pot la sekali. Boleh gemok ohh dok rumah ko Ila ;)

3) Camna pon keluarga tetap paling atas dalam hati. Ecece. Tak dapat balik rumah weekend lepas. Ayaq bah punya pasal. Janganla nak raya haji ada hal laen pulak. Deepavali da terlepas nak sambut sama-sama. Haha

4) Musim sejuk di bumi Kulim. Ni yang nak meleleh mukus-mukus ni. Nad cakap ubat dia CUTI! Beyehhh

Monday, November 1, 2010

Post Via (FB)

So klasik nasional. Tiga-tiga-sekupang ;)



Wooohooo.. Adakah anda terasa sedikit jeles melihat semakin ramai yang post fesbuk via I-Phone 4 atao via Blackberry atao via mana-mana celah lubang tak kesah la kan. Sila simpan jeles anda itu sekarang. Bak kata iklan tibi, dunia dah maju zaman dah berubah. Semuanya terjawab melalui website ini ohfacebook

Hohoho, remote astro, mesin atm, kalkulator saintifik semua ada. Nice nice




Ini contoh mereka yang telah mencuba. Dan lihatlah mereka, sangat gembira bukan?! Tryyyy jangan tak try okayh

Sunday, October 31, 2010

Sebut saja di mana. Kami pasti sampai!

Inilah prinsip kami CELESTICOS TRIBE!! Terboekkk. Hakhak. Poyo sangat ah nak pronsip-misi-visi bagai kan. Tapi betul! Tak tipu! Ajak la tengok wayang ke, nashmir ke, boling ke, karok ke, TENGOK BOLAAAAAAAAA ke, insyaallah, semua pon tadahal. No prob. Okek. Beyeh. Boleh-boleh. Tak kesah. Jangan tak taw, melawat orang bersalin pon leh masok dalam agenda taw


Ni stori malam Jumaat lepas. Ole-ole Super Bowl, Landmark Kulim. Macam biasa, first game, nampak la macam memberi persaingan seket kan. Masok second game, hampeh.



Majulah sukan untuk negara. Peace *abaikan sepah-sepah di belakang yer*



Okayh.. Ni kasar Dorang maen bontot la pulak




Zopo dengan temanya "Ganas Mutu Keunggulan". Ehhh silap-silap "Gaya Mutu Keunggulan" ;)
Najwa dan tudung syria nya. Pertama kali ke public, mungkin.



Adakah ini lambang cinta adik kecik pada 'abang'nya? Sila jawab! Haha



Aik memang menang gaya malam tu. Ohhh lupa, menang kaki slim jugak



Dalam satu malam, beliau telah bertukar dari tahap beginner ke intermediate. Kata beliau "Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong selama ini. Muahh-muahhh"



Maen cak-cak dengan Ponci




p/s:
1. Korang-korang, aku tak marah pon dengan korang taw. Kalao jumpak, jangan la tak tego. Sedeh taw. Hehe

2. Hiss - - Sah-sah porno abes lah. Perghhhhhhhhhh wa cakap lu. Selak sana selak sini. Melingkar sana melingkar sini. Weeeewittt. Kalo tanya ranking, 2/10 je gua kasik.

3. Seminggu takdak SV. Habis la aku demam rindu sama liew. Gagagaga.

Saturday, October 30, 2010

Post laju-laju

Da nak gerak pergi Landmark Kulim ni, mao usha Malika Sherawat sepam


  • Tadi dating berdua-duaan ngan nad, tengok muvi romantik lak tuyh.. uishhh

  • Tak sampai 2 jam SV aku setat holiday, hidop aku dah huru-hara. Muka da naek kelat semacam. Sori la siapa-siapa yang singgah meja, tak dapat nak layan korang mesra seperti biasa *dok mesra la sangat kan hehe*

  • Ohhhh, malam tadi aku dapat satu mimpi -- SV aku email. Dalam email tu dia tulis macam ni "Please take care of stencil of model _________________ *da tak ingat ayat pastu*" Dia send sharp pukul 3.00 am. Poyo ah gak kan. Dia cuti seminggu, aku lak lebey-lebey mimpi pasal kerja ;)



p/s: Agak-agak sampai tak hasrat nak dapat ipod nano dari Taiwan. Hakhak. Jahat ohhh Nad ngan Ponci. Tak dapat yang nano, dapat yang agak-agak lebey kurang pon jadi laaaaaaaaaaaaa ;P

Sunday, October 10, 2010

raya kali ni.. {sebelom}{2 3/4}

Ini sambungan kisah dari entry ni


Sebab hujan manja-manja gitu kat QB, terpaksa ah lokasi berpindah ke McD Sunshine

Mula-mula usha dulu line clear ke tak. Clear-clear.



Tengok! Dia tak perasan pon. Dok mesej sayang-sayang la kot ;)



Probnya, siapa nak bukak mukadimah dulu. Kanan tolak kiri, kiri siku depan, depan cubit belakang. Bajet pasang reminder lastu letak sebelah, sekali amik kau. Dah la setakat keluar buzzz buzzz, pastu skrin je kelip-kelap lebey-lebey. Memang mangsa langsung tak perasan la kan. Last-last, terkeluarlah ayat ni "Ehhh.. Zophor rini 4hb lah. Besday ko!! Tak ingat langsung kot. Sok la ae kita celebrate sama-sama" *Haha.. FAKEEEE gilos kan ayat ni. Aku ah tuyh ;) layan je la dari takdak kan* Zophor lak "Haah, alaaa takpe-takpe."



Alololo, tabah je ayat Zophor. Takkan la takdak pape kan. Jeng jeng jeng. Terus keluarkan plastik dari bawah meja



Sibuk gak nak tolong bukakkan



Sekali hambik kau. Terkezut makkkk... nokkks



Sekali ni yang keluar. "Nad!!!" *Tukang prank yang angin ahmar lak malam tuyh*



Jangan risao, jang risao. Cak cak cak. Ada lagi satu la



Kita potong sama-sama ae. Besday girlz dan advance besday girlz



Ni da setat kasaq niyh ;P



Satu single, satu double



Taiko malam tuyh. Jahat ohhhhh. Tapi sayang korang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails