Showing posts with label internship. Show all posts
Showing posts with label internship. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Ekspedisi Sedim - Tree Top Walk

Ekspedisi Sedim hari Sabtu haritu diteruskan lagi dengan mengharungi Tree Top Walk. Kalao nak tau, Tree Top Walk ni adalah yang terpanjang di dunia (925m). Fuiyooo baca sini, sini dan sini. Kat sini gak kalao korang nak menginap pon ada chalet yang disediakan. Boleh gak buat aktiviti bina semangat ala-ala budak-budak sekolah yang nak ambik periksa gitu. Kot-kot dah sampai Kulim tu, jangan lupa lak singgah sini. Bayarannya cuma RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.



Kat entrance



Muka semangat



Jauh jalan, lepak lu derr



Pemandangan dari atas



Babai Kulim!



p/s: Dah macam blog pelancongan lak, takpe ni namanya menyahut seruan kerajaan cuti-cuti Malaysia beb. Gambar macam kelam seket kan, mungkin sebab cuaca kot! (Tetiba, salahkan cuaca)

Friday, January 21, 2011

Ekspedisi Sedim - Water rafting bebeh!

Budak-budak ni memanglah, dah hujung-hujung baru nak buat benda alah ni. Tapi no hal la, gua layankan jek.

.
.
.
.
.


Kita setat cerita dari awal. Mula-mula kumpul kat rumah budak laki-laki. Tiga kereta terus shoot pergi Sedim, plus lagi satu kereta da tunggu kat stesen minyak Petronas Sungai Kob. Total yang pergi 16 orang (ni campor non-Celesticos, 3 orang). Tapi yang join water rafting 12 orang je, 10 lelaki dan 2 pompuan.


Nak pi tempat water rafting kat Sedim ni, folo je signboard Sedim ngan Tree Top Walk. Mesti jumpak. Kalao dari Kulim High Tech, dalam setengah jam macam tu. Nak masok parking kena charge 3 hengget okayh sebijik kereta.


Waktu sampai sini, aku memang da tak ingat pukul berapa. Tapi nak tunggu brader-brader set up barang-barang semua, sempat la dak-dak laki ni lepas gian terjun sungai. Nasib aku tak pandai berenang je. Kalo tak memang melompat la jugak aku. Ngehngehngeh.


Bot sampai dalam pukul 11. Ok, mula-mula kita dengar taklimat dulu dari Abang Syam. Yang sebelah dia tu nama Aki (Gambar kat bawah). Dua-dua brader ni jadik guider kitorang nak wat water rafting ni. Dia cerita la seket-seket pasal water rafting ni. Hujung taon lepas dia cakap wakilkan Malaysia lawan water rafting kat Indonesia. Nice


Kat gambar bawah ni, dia tengah terangkan pasal safety jacket ngan topi. Penting semua ni, mao-mao untuk yang tak terer berenang macam aku.



Tengok-tengok semua pon fokus je. First time beb.



Tengokkk! Muak aku da cuak (gambar bawah). Haha. Ni semua kes kena buat water confident. Ni bukan sebarang 'confident' ok! Bukan macam kena terapung atas air sambil pegang tangan ramai-ramai. Bukan! Bukan!


Pinjam style Wa. Ore peace.



Tapi maruah kena jaga beb! Hati kena kuat! Otot kaki kena stedi, jangan ketaq-ketaq. Dushdush. Kita kena bersiap-siap. Pakai safety jacket ngan topi ajaib. Ni kena pastikan ketat, jangan longgar-longgar. Kang naya.



Bapak tengah betolkan safety jacket anak! Mak mana? Ohhh mak tengah sibok jadik tangkap gambar ^_^



Benda ni la yang aku cuakkan tadi. Kena terjun dari batu tinggi tuyh. Kalao tak terjun, water rafting no no no. Aku nak terjun tu sempat jugak la mintak ampon ngan budak-budak ni dulu. Ada la jerit seket-seket (standard aku ler tu). Hehehe.



Tinggi okayh! Dak-dak laki senang la lepas (kecuali .. jengjengjeng). Tak pakai safety pon dorang da awai-awai terjun kat sini.



Next... lagi satu taklimat pasal water rafting. Pasal pedal, kayuhan, forward. backward. Ala-ala zaman OBS dulu gak.



Satu bot limit 4 orang, tambah sorang guider.



Bila tengok geng 1 da gerak, memang eksaited habeslah. Ada dalam 3 jeram. Yang paling penting, ikot je instruction guider kita tu. Insyaallah semua selamat.



Geng 1 - Aik. Tajol. Bob. Abu
Geng 2 - Farhan. Acap. Najwa. Wani
Geng 3 - Fathi. Afiaq. Poji. Deli



Haa... jangan tak taw, siap ada sijil. Sijil 'level basic'.



Muka puas. Yang dua paling kanan ni photographer paling berjaya.



Pape pon, memang terboekkk la water rafting ni. Ongkos nya 40 hengget sekepala. Lagi masyuk kalao dapat buat untuk jarak lagi jauh. Tapi tu bayaran mahal seket la. Nak taw lagi lanjut, google please!



Till then, enjoy the pic (banyak gila seh, dekat 500 keping semua).






Semusim berpraktikal - Farewell (another one)

Ni another farewell party. Tapi kali ni geng-geng trainee belanja geng-geng technician pulak (Uihhh ada geng-geng, tak tak kita kan satu geng!) Ni makan-makan kat Secret Recipe. Terkopek la jugak wallet aku ni, tapi takpa. Untuk akak-akak tersayang, memang takdak hal lah wehhh ;)

Well, ni semua akak-akak yang paling berjasa sepanjang aku kat Celestica. Kalao ada kemusykilan berkaitan kerja (atao nak buat benda jahat seperti ........... sendirik simpan la kan. Kata confidential), boleh direct terus ngan dorang. Kata berpengalaman kan. Kan..kan? Hehe






Gambar paling atas.
Berdiri - Najwa. Kak Mira. Kak Suzi. Kak Su. Nadia. Zureen. Ummu. Aku
Duduk - Farhan. Poji. Kak Ani





nota-kaki:
Memang lotih la kan broadband aku nak upload satu-satu gambar. Nak-nak, gambar punyalah banyak bebeno. Tuk pendekkan masa, aku terus combine semua gambar, cantik-cantik macam kat bawah ni.

Thursday, January 20, 2011

Semusim berpraktikal - Farewell

Ini cerita biasa di hujung-hujung musim praktikal. Farewell, makan-makan, gambar-gambar. Ni farewell party dengan geng-geng engineer kat McD.

Betol-betol hari presentation bebudak Mechi. Makanya, kamilah yang ambik turn present dulu.

Tapi kesian la pulak kat Tajol, dia sorang terlepas nak present sebab waktu tu dah pukol 12 tengah hari dan engineer dia nak keluar lunch dulu.

Haruslah sepanjang masa makan, memang payah la nak nengok dia senyum (Haaa cuba tengok gambar bawah, mana da senyum kan). Tak habes-habes bagi ayat sedeh dia "Ahhh, korang bolehla senyum". Gila babeh sayu punya ayat.



Berdiri: Poji, Tajol, Farhan, Najwa, Aku, Nadia
Duduk: Looi, Su Ying, Kak Intan, Liew










Cukup la Poji oi, toksah drama lebeh-lebeh ;)

Friday, January 14, 2011

Semusim berpraktikal - The feeling




Esok dah masok hari terakhir berpraktikal kat Celestica, Kulim Kedah. Donno wat feeling i have rite now! Eksaited? Sedih? Gumbira? Sayu?

Lepas ni, everything will be back to normal. Like 8 months ago. Menggelumangkan hidop dengan kelas, lab, lecturer, kepanasan Tronoh, exam, studi. Demmit

Dan entah bagaimana hidop aku lepas habis praktikal ni! Tanpa Liew, Kak Mira, Kak Su, Kak Suzi. Huhhhh totally blank apa nak taip.


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sayu ohhh.

Wednesday, January 5, 2011

Kusam

BOHSAN! BOHRING!
Kerja kol 8.30, aku sampai 9.39. Sebab memikirkan yang impossible kerja akan datang berbukit-bukit, slow-and-steady je aku bawak pagi tadi Perlis-Kulim.


My life is sooo pathetic!



Kan sedap kalao boleh aci-aci sembunyi macam ni?



Jumpak Liew je da kena tanya "Presentation u da siap?". Aiyokkk ni payah jadik student utp yang dah lekat kat kepala lutut depa - Sok nak present, malam baru nak stat carik point letak slide. Petang nak exam, pagi baru kalot print lecture note. Lol


Ohhhh.. Harini dapat sorang trainee bawah Liew. Nama dia Mira. Dia cakap panggil Melur pon boleh (demmm sebijik nama Amani dalam Tiramisu), tetiba nak tukar nama jadik Kuntum! Boleh? Dia cantik! Nak buktikan dia cantik, aku rasa ada la jugak 3 kali Poji ulang sebut perkataan cantik tuyh (Opsss salah! "Cute lah Wani oi" kata Poji *baca komen*). Nanti ada gambaq, aku show off okayh.


Dan ada yang datang membawa berita Kuntum telah disisihkan (tetiba panggil diri-sendirik Kuntum) sebab nampak Liew bawak Melur pergi tunjuk mesin-mesin kat bawah. Takpa, Kuntum tak kesah punggg (sambil angkat kaki pergi tidor kat surau). Lalala

.
.
.
.
.


nota-kaki: Hidup ni macam bola. Macam nak kena sepak je selalo!



Dah-dah jom layan lagu Wali Band ni


Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Taken from here

Tuesday, November 23, 2010

Menjelang Aidiladha

Cup cup, kita masuk iklan raya dulu (takdak kena mengena ngan iklan Nuffnang)



Sangat tacing okayh babak ni

Pabila seorang bapak melambai akan kepulangan anaknya


"Jalan baek-baek anakku. Ehh salah, naek bas baek-baek anakkku" ;)
Watak BAPAK (oleh lelaki berkaen pelikat)



"Beyeh bapak. Tapi sebelom tu, tak kan tak mao hulur sekeping dua kot pak" ;)
Watak ANAK (oleh abang rambot ketak.. weeewiit)




------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ini pulak.. betol-betol drama raya korban. Gua balik sehari sebelom raya. Tak dak half-half, memang full day gua kerja. Jam 5.30, sekali keluar dari production line, terkezut kau nengok akarium da bocor. Nasib baek segala spesis ikan (termasoklah ikan bilis, ikan jerung, ikan sardin dan mungkin jugak ikan duyung jantan) yang menghuni akarium tu sempat lari sebelom hanyut. Sampai je pintu keluar, rupanya satu kilang dah bah. Sumpah gelabah. Camna ni? Camna nak balik? Sok nak raya! Mak!!

Dah la macam-macam sokseksoksek gua dengar kat depan pintu tu. "Lampu isyarat depan kilang da naek air sampai lutut lah, depan hospital tak leh lalu lah." Aghuzubillahhiminasy syaitonirrajim "Kita redah je lah Ummu".

Jam da pukul 6, bas Ummu kat Butterworth pukul 7. Entah sempat ke tak, redha jela. Dah la nak kena singgah rumah ambik beg bagai. Nasib air da surut depan rumah. Terus rushing p stesen bas. Hujan memang sentiasa la kan.

Last-last sempat la jugak sampai stesen. Drop Ummu, terus pecut balik Peghelih. Tapi laju tak laju, habis meter pon 110 je leh sampai. Hujan punya pasal ngan kereta banyak atas highway, sampai rumah dekat-dekat pukul 10 la jugak. Mak da mesej kat mana, sebab tak pernah selambat tu sampai rumah. Tak kesah la kan, asalkan selamat.


Akarium bocor



Celestica kena ayaq bah. Nasiblah yang parking depan-depan tu



Pokok besar tumbang seberang jalan





- Akhir kata, Salam Aidiladha dari Encik Ramli, isteri & anak-anak -


Peace. No war

Tuesday, November 9, 2010

Ini amaran!

Okayh wani!! Da leh stop shopping la kot untuk bulan ni..
Ohh mungkin untuk bulan depan jugak!!
Sekarang da pandai ae hulur kad debit. Tunggu nak sign je. Ish3





Godek-godek album-zaman-muda-mudi-popyehyeh, jumpak gambar ni.
Tengok tengok!! Tiup belon pon bukan maen semangat lagi. Tabah je muka. Haha




Jangan kata semangat mai bila masok bab-bab bersuka-suki-tepuk-tepuk-tangan je, KELEJA pon semangat okayh! *Dengan harapan Liew tengok entry ni, pastu kasik iPod satu* lalalala





nota-kaki:

1) Nice one singgah Kajang. Makan sedap, tido sedap, shoping pon sedap gak *sambil kira duet syiling yang tinggal dalam wallet*

2) Mekasih-mekasih kat bapak Pot, mak Pot, abang Pot, adik-adik Pot & Pot la sekali. Boleh gemok ohh dok rumah ko Ila ;)

3) Camna pon keluarga tetap paling atas dalam hati. Ecece. Tak dapat balik rumah weekend lepas. Ayaq bah punya pasal. Janganla nak raya haji ada hal laen pulak. Deepavali da terlepas nak sambut sama-sama. Haha

4) Musim sejuk di bumi Kulim. Ni yang nak meleleh mukus-mukus ni. Nad cakap ubat dia CUTI! Beyehhh

Saturday, October 30, 2010

Post laju-laju

Da nak gerak pergi Landmark Kulim ni, mao usha Malika Sherawat sepam


  • Tadi dating berdua-duaan ngan nad, tengok muvi romantik lak tuyh.. uishhh

  • Tak sampai 2 jam SV aku setat holiday, hidop aku dah huru-hara. Muka da naek kelat semacam. Sori la siapa-siapa yang singgah meja, tak dapat nak layan korang mesra seperti biasa *dok mesra la sangat kan hehe*

  • Ohhhh, malam tadi aku dapat satu mimpi -- SV aku email. Dalam email tu dia tulis macam ni "Please take care of stencil of model _________________ *da tak ingat ayat pastu*" Dia send sharp pukul 3.00 am. Poyo ah gak kan. Dia cuti seminggu, aku lak lebey-lebey mimpi pasal kerja ;)



p/s: Agak-agak sampai tak hasrat nak dapat ipod nano dari Taiwan. Hakhak. Jahat ohhh Nad ngan Ponci. Tak dapat yang nano, dapat yang agak-agak lebey kurang pon jadi laaaaaaaaaaaaa ;P

Sunday, October 10, 2010

raya kali ni.. {sebelom}{2 3/4}

Ini sambungan kisah dari entry ni


Sebab hujan manja-manja gitu kat QB, terpaksa ah lokasi berpindah ke McD Sunshine

Mula-mula usha dulu line clear ke tak. Clear-clear.



Tengok! Dia tak perasan pon. Dok mesej sayang-sayang la kot ;)



Probnya, siapa nak bukak mukadimah dulu. Kanan tolak kiri, kiri siku depan, depan cubit belakang. Bajet pasang reminder lastu letak sebelah, sekali amik kau. Dah la setakat keluar buzzz buzzz, pastu skrin je kelip-kelap lebey-lebey. Memang mangsa langsung tak perasan la kan. Last-last, terkeluarlah ayat ni "Ehhh.. Zophor rini 4hb lah. Besday ko!! Tak ingat langsung kot. Sok la ae kita celebrate sama-sama" *Haha.. FAKEEEE gilos kan ayat ni. Aku ah tuyh ;) layan je la dari takdak kan* Zophor lak "Haah, alaaa takpe-takpe."



Alololo, tabah je ayat Zophor. Takkan la takdak pape kan. Jeng jeng jeng. Terus keluarkan plastik dari bawah meja



Sibuk gak nak tolong bukakkan



Sekali hambik kau. Terkezut makkkk... nokkks



Sekali ni yang keluar. "Nad!!!" *Tukang prank yang angin ahmar lak malam tuyh*



Jangan risao, jang risao. Cak cak cak. Ada lagi satu la



Kita potong sama-sama ae. Besday girlz dan advance besday girlz



Ni da setat kasaq niyh ;P



Satu single, satu double



Taiko malam tuyh. Jahat ohhhhh. Tapi sayang korang!

Wednesday, July 28, 2010

ngehehe ;)

Saturday, July 10, 2010

JAKUN?!

JAKUN kejap bila dapat online..
JAKUN kejap bila bukak fesbuk..
JAKUN kejap bila bukak blog. wahhh ramainya oang yang updet!


bengong lah kau wani~ siapa suruh balik rumah je terus landing atas bantal

apakan daya. gua banyak kerja la kat kilang! ceit alasan tak ley blah. ayat selalo keluar dari mulut tajol "kau tak payah la wat-wat busy wani oi!" haha.

ini adalah tips okayh --- walaopon anda tidak mempunyai banyak kerja atao senang cakap langsung tidak mempunya kerja.. silalah membusykan diri anda jika tidak mahu dijeles oleh engineer laen.




woi budak-budak-habes-intern! aku tunggu korang sampai bumi kulim pulak okayh



p/s: haritu mak cakap dia mimpi aku balik nak tempah baju kebaya. part baju kebaya tu memang speechless ;) ok-ok aku paham mesti mak rindu aku kan. hakhak. so weekend ni terus terpacak depan rumah. weeeeeee

Sunday, June 13, 2010

Seket Update

Banyak benda nak update tapi harusla malas kan!! Pergi kerja dalam 7.40 pagi, habis kerja koi 5.30 petang, sampai rumah da dekat koi 6 petang. kadang-kadang 6 lebey.. Pastu da terbaring senyap-senyap. Ni belom kena wat overtime or stayback lagi ;(

Ofis dalam tempat production~ Tapi kita tak dapat meja, komputer sendirik. Akak technician da pesan kalao ada nak wat kerja pape, pandai-pandai la cari komputer yang kosong. Selalonya kalao akak tu tengah explain-explain terpaksa je la melutut sebelah dia sampai lutut pon da lenguh. Sedey kan? Tapi da nama pon trainee, redha jek.

Nasib baek dapat SV yang 'super baek'. Tapi selalonya dia senyum kat aku, aku senyum balik kat dia. Tu jek. Sebab selalonya ikot Kak Mirah sebab Kak Mirah ni staff bawah dia.

Ti la bila aku da beli broadband, aku update banyak-banyak. Heee.

Chow ;)

Wednesday, June 9, 2010

hai gadis kilang!

Siot punya Atiqulley~ title atas tu ayat first dia say hi hi kat gtalk bila aku online tadi. Taw ah kau sekarang da up! Tinggi sampai langit! Hakhak. Mamat KLCC la katakan ;) Moga selamat la kau ngan Mr Azman. heee~


DAY 1 --
Cuak kot! Neves oh. Malam siap iron cantek-cantek baju nak pakai sok. Bangun tak yah cakap bukan maen awal kot. Kalao kat utp, kelas koi 8 pagi, 7.45 pon boleh taram bangun lagi. Tu pon kalao nasib baek bangunlah, kalao tak kirim salam jela ;P

Mekaseh kat AcabNad yang sudi angkut aku ngan Zureen. Terima kaseh daun keladi yek, sudi-sudikan la tolong lagi~

Bab baju memang semangat wa cakap lu. Kalah pakai pi kelas PCS! Haha. Ambik kau lalu kantin je da ramai yang meng'usha'. Ni wat gua malooo-malooo kucing ni~ miow miow. Lalala. Dalam hati -- takpa-takpa tunggu la sok, memang jeans, t-shirt jela. Titik

Hari first ngan second memang 'orientasi' jek. Siyes ngantuk, talk pasal kualitilah, keselamatanlah, peraturanlah. Tapi da namanya pon kilang, memang pentingla sangat-sangat semua ni! Staf pon sampai 2000 orang~

Balik kerja, dia punya penat macam wat kerja buruh lak. Koi 11 da krohhh krohhhh krohhh. Selamat malam dunia~





Celestica. Time usha-usha jalan






Senyuman paling manis tapi sebelom stat 'orientasi' lah





Gadis-gadis kilang. wa-zopo-zureen-ummu-nadia

cerita intern~

Ramai yang da update pasal intern memasing~ Macam dia ni, dia ni dan dia ni. Meh aku lak stori-mori. Tolong wakilkan satu rumah. Haha ;)

Sampai kulim hari Ahad, kemas-kemas satu rumah. Sumpah banyak tak tipu! Dari bilik, ruang tamu, dapur sampailah bilik air. Since Celestica ni holiday hari Isnin, memang selamatla satu hari intern. Hikhik

First day da semangat masak. Pheewitt! Credit to zur [bukan nama sebenar] dan zop [juga bukan nama sebenar]





Bruch [breakfast+lunch] = air milo, maggi kari campor telor + mempelam harum manis *terbaek dari perlis taw!*






Dinner = Nasi goreng kampong campor telor + sosej + air bujang





Tuesday, March 23, 2010

Bancuh air, salin fotostat

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/03/23

Pelajar amali buat tugas remeh

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.

Beliau berkata, antara punca utama masalah itu ialah disebabkan pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan standard untuk diikuti syarikat yang menerima pelajar berkenaan. “Ketika ini, tiada perundangan atau peraturan yang mewajibkan syarikat menyediakan latihan industri kepada pelajar universiti, sebaliknya mereka memberi kerjasama sebagai tanggungjawab sosial,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul kerana pihak syarikat tidak jelas apakah output sebenar serta pengisian yang dikehendaki sepanjang tempoh latihan itu.

“Syarikat besar mungkin tiada masalah kerana ada modul latihan sendiri. Namun, kebanyakan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mempunyai modul itu dan terpaksa pandai-pandai sendiri memikirkan bentuk latihan kepada pelajar terbabit selama mereka menjalani latihan tiga atau empat bulan.

“Lebih memburukkan keadaan ialah pihak universiti tidak melaksanakan pemantauan secara berkala menyebabkan latihan industri dijalani pelajar sambil lewa saja. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana jika pelajar hanya menjalani latihan secara rambang, dikhuatiri hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan,” katanya. Shamsuddin berkata, perkara itu pernah dibangkitkan dalam perbincangan antara pihak industri, kementerian dan universiti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil.

Malah, katanya, masalah silibus itu ialah antara kekangan yang menyebabkan sebahagian industri keberatan atau tidak berminat untuk bekerjasama menyediakan latihan praktikal kepada pelajar universiti.

Beliau berharap pihak universiti atau kementerian dapat mengeluarkan segera templat silibus yang standard untuk panduan semua syarikat supaya program latihan itu memanfaatkan pelajar dan industri.

Katanya, kekangan lain yang turut dihadapi pihak syarikat ialah ketiadaan insentif tertentu sebagai galakan, di samping risiko menanggung beban sekiranya pelajar mengalami kemalangan ketika menjalani latihan.

“Bagi mengatasi kekangan ini serta menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat, kerajaan disaran memberi insentif seperti potongan cukai, terutama kepada syarikat yang membayar elaun latihan kepada pelajar, manakala pihak universiti wajar menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri,” katanya.


sumber: Berita Harian


p/s: adakah aku akan mengalami nasib yang sama macam tu?? kalo cam tu aku kena la blaja bancuh air sedap-sedap untuk bos. *kipas-kipas* ngehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails