Tuesday, March 23, 2010

Bancuh air, salin fotostat

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/03/23

Pelajar amali buat tugas remeh

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.

Beliau berkata, antara punca utama masalah itu ialah disebabkan pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan standard untuk diikuti syarikat yang menerima pelajar berkenaan. “Ketika ini, tiada perundangan atau peraturan yang mewajibkan syarikat menyediakan latihan industri kepada pelajar universiti, sebaliknya mereka memberi kerjasama sebagai tanggungjawab sosial,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul kerana pihak syarikat tidak jelas apakah output sebenar serta pengisian yang dikehendaki sepanjang tempoh latihan itu.

“Syarikat besar mungkin tiada masalah kerana ada modul latihan sendiri. Namun, kebanyakan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mempunyai modul itu dan terpaksa pandai-pandai sendiri memikirkan bentuk latihan kepada pelajar terbabit selama mereka menjalani latihan tiga atau empat bulan.

“Lebih memburukkan keadaan ialah pihak universiti tidak melaksanakan pemantauan secara berkala menyebabkan latihan industri dijalani pelajar sambil lewa saja. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana jika pelajar hanya menjalani latihan secara rambang, dikhuatiri hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan,” katanya. Shamsuddin berkata, perkara itu pernah dibangkitkan dalam perbincangan antara pihak industri, kementerian dan universiti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil.

Malah, katanya, masalah silibus itu ialah antara kekangan yang menyebabkan sebahagian industri keberatan atau tidak berminat untuk bekerjasama menyediakan latihan praktikal kepada pelajar universiti.

Beliau berharap pihak universiti atau kementerian dapat mengeluarkan segera templat silibus yang standard untuk panduan semua syarikat supaya program latihan itu memanfaatkan pelajar dan industri.

Katanya, kekangan lain yang turut dihadapi pihak syarikat ialah ketiadaan insentif tertentu sebagai galakan, di samping risiko menanggung beban sekiranya pelajar mengalami kemalangan ketika menjalani latihan.

“Bagi mengatasi kekangan ini serta menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat, kerajaan disaran memberi insentif seperti potongan cukai, terutama kepada syarikat yang membayar elaun latihan kepada pelajar, manakala pihak universiti wajar menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri,” katanya.


sumber: Berita Harian


p/s: adakah aku akan mengalami nasib yang sama macam tu?? kalo cam tu aku kena la blaja bancuh air sedap-sedap untuk bos. *kipas-kipas* ngehehe

4 comments:

izu ting ting said...

ak buat teh tarik okeh kat bos.ahaha.

wani said...

siyes?? ang intern kt na weh??

izu ting ting said...

dead serius.

ahahaha.
kat orinet.

kdg kala wat teh O.

ahahaha.

wani said...

aku stat intern bulan 6 ni.. hopefully x kna wat air. kang tetiba dia rasa air aku twus kasik markah seket.. hehe


btw.. orinet 2 kt na??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails