Sunday, January 30, 2011

Ekspedisi Sedim - Tree Top Walk

Ekspedisi Sedim hari Sabtu haritu diteruskan lagi dengan mengharungi Tree Top Walk. Kalao nak tau, Tree Top Walk ni adalah yang terpanjang di dunia (925m). Fuiyooo baca sini, sini dan sini. Kat sini gak kalao korang nak menginap pon ada chalet yang disediakan. Boleh gak buat aktiviti bina semangat ala-ala budak-budak sekolah yang nak ambik periksa gitu. Kot-kot dah sampai Kulim tu, jangan lupa lak singgah sini. Bayarannya cuma RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.



Kat entrance



Muka semangat



Jauh jalan, lepak lu derr



Pemandangan dari atas



Babai Kulim!



p/s: Dah macam blog pelancongan lak, takpe ni namanya menyahut seruan kerajaan cuti-cuti Malaysia beb. Gambar macam kelam seket kan, mungkin sebab cuaca kot! (Tetiba, salahkan cuaca)

Friday, January 28, 2011

Singkong & Keju

Dapat pisang keju terus rasa nak nyanyi lagu Singkong & Keju. (Tetiba!)


Kau bilang cinta padaku (iya lah)
Aku bilang pikir dulu (capek deh)
Selera kita terlalu jauh berbeda (berbeda)

Parfummu dari paris (aduh)
Sepatumu dari itali (itali atau blok m nih)
Kau bilang demi gengsi semua serba luar negeri

Manakah mungkin mengikuti gayamu
Yang penuh hura-hura

reff:
Aku suka jaipong kau suka disko ow ow ow
Aku suka singkong kau suka keju ow ow ow
Aku dambakan seorang gadis yang sederhana
Aku ini hanya anak singkong, aku hanya anak singkong

Parfummu dari paris, sepatumu dari itali
Kau bilang demi gengsi semua serba luar negeri

Manakah mungkin mengikuti gayamu
Yang penuh hura-hura, yang penuh hura-hura

repeat reff

Aku hanya anak singkong, aku hanya anak singkong
Anak singkong, anak singkong, anak singkong



Dapat nyanyi lagu ni waktu karok pon masyuk gak kan ;)

Macam mana pon mekasih la yer 'abang taff" erkkk (Ada ke patot paksa aku puji dia taff. Taff kat perut je, apa ada hal). Haha.

Friday, January 21, 2011

Ekspedisi Sedim - Water rafting bebeh!

Budak-budak ni memanglah, dah hujung-hujung baru nak buat benda alah ni. Tapi no hal la, gua layankan jek.

.
.
.
.
.


Kita setat cerita dari awal. Mula-mula kumpul kat rumah budak laki-laki. Tiga kereta terus shoot pergi Sedim, plus lagi satu kereta da tunggu kat stesen minyak Petronas Sungai Kob. Total yang pergi 16 orang (ni campor non-Celesticos, 3 orang). Tapi yang join water rafting 12 orang je, 10 lelaki dan 2 pompuan.


Nak pi tempat water rafting kat Sedim ni, folo je signboard Sedim ngan Tree Top Walk. Mesti jumpak. Kalao dari Kulim High Tech, dalam setengah jam macam tu. Nak masok parking kena charge 3 hengget okayh sebijik kereta.


Waktu sampai sini, aku memang da tak ingat pukul berapa. Tapi nak tunggu brader-brader set up barang-barang semua, sempat la dak-dak laki ni lepas gian terjun sungai. Nasib aku tak pandai berenang je. Kalo tak memang melompat la jugak aku. Ngehngehngeh.


Bot sampai dalam pukul 11. Ok, mula-mula kita dengar taklimat dulu dari Abang Syam. Yang sebelah dia tu nama Aki (Gambar kat bawah). Dua-dua brader ni jadik guider kitorang nak wat water rafting ni. Dia cerita la seket-seket pasal water rafting ni. Hujung taon lepas dia cakap wakilkan Malaysia lawan water rafting kat Indonesia. Nice


Kat gambar bawah ni, dia tengah terangkan pasal safety jacket ngan topi. Penting semua ni, mao-mao untuk yang tak terer berenang macam aku.



Tengok-tengok semua pon fokus je. First time beb.



Tengokkk! Muak aku da cuak (gambar bawah). Haha. Ni semua kes kena buat water confident. Ni bukan sebarang 'confident' ok! Bukan macam kena terapung atas air sambil pegang tangan ramai-ramai. Bukan! Bukan!


Pinjam style Wa. Ore peace.



Tapi maruah kena jaga beb! Hati kena kuat! Otot kaki kena stedi, jangan ketaq-ketaq. Dushdush. Kita kena bersiap-siap. Pakai safety jacket ngan topi ajaib. Ni kena pastikan ketat, jangan longgar-longgar. Kang naya.



Bapak tengah betolkan safety jacket anak! Mak mana? Ohhh mak tengah sibok jadik tangkap gambar ^_^



Benda ni la yang aku cuakkan tadi. Kena terjun dari batu tinggi tuyh. Kalao tak terjun, water rafting no no no. Aku nak terjun tu sempat jugak la mintak ampon ngan budak-budak ni dulu. Ada la jerit seket-seket (standard aku ler tu). Hehehe.



Tinggi okayh! Dak-dak laki senang la lepas (kecuali .. jengjengjeng). Tak pakai safety pon dorang da awai-awai terjun kat sini.



Next... lagi satu taklimat pasal water rafting. Pasal pedal, kayuhan, forward. backward. Ala-ala zaman OBS dulu gak.



Satu bot limit 4 orang, tambah sorang guider.



Bila tengok geng 1 da gerak, memang eksaited habeslah. Ada dalam 3 jeram. Yang paling penting, ikot je instruction guider kita tu. Insyaallah semua selamat.



Geng 1 - Aik. Tajol. Bob. Abu
Geng 2 - Farhan. Acap. Najwa. Wani
Geng 3 - Fathi. Afiaq. Poji. Deli



Haa... jangan tak taw, siap ada sijil. Sijil 'level basic'.



Muka puas. Yang dua paling kanan ni photographer paling berjaya.



Pape pon, memang terboekkk la water rafting ni. Ongkos nya 40 hengget sekepala. Lagi masyuk kalao dapat buat untuk jarak lagi jauh. Tapi tu bayaran mahal seket la. Nak taw lagi lanjut, google please!



Till then, enjoy the pic (banyak gila seh, dekat 500 keping semua).






Semusim berpraktikal - Farewell (another one)

Ni another farewell party. Tapi kali ni geng-geng trainee belanja geng-geng technician pulak (Uihhh ada geng-geng, tak tak kita kan satu geng!) Ni makan-makan kat Secret Recipe. Terkopek la jugak wallet aku ni, tapi takpa. Untuk akak-akak tersayang, memang takdak hal lah wehhh ;)

Well, ni semua akak-akak yang paling berjasa sepanjang aku kat Celestica. Kalao ada kemusykilan berkaitan kerja (atao nak buat benda jahat seperti ........... sendirik simpan la kan. Kata confidential), boleh direct terus ngan dorang. Kata berpengalaman kan. Kan..kan? Hehe






Gambar paling atas.
Berdiri - Najwa. Kak Mira. Kak Suzi. Kak Su. Nadia. Zureen. Ummu. Aku
Duduk - Farhan. Poji. Kak Ani





nota-kaki:
Memang lotih la kan broadband aku nak upload satu-satu gambar. Nak-nak, gambar punyalah banyak bebeno. Tuk pendekkan masa, aku terus combine semua gambar, cantik-cantik macam kat bawah ni.

Thursday, January 20, 2011

Semusim berpraktikal - Farewell

Ini cerita biasa di hujung-hujung musim praktikal. Farewell, makan-makan, gambar-gambar. Ni farewell party dengan geng-geng engineer kat McD.

Betol-betol hari presentation bebudak Mechi. Makanya, kamilah yang ambik turn present dulu.

Tapi kesian la pulak kat Tajol, dia sorang terlepas nak present sebab waktu tu dah pukol 12 tengah hari dan engineer dia nak keluar lunch dulu.

Haruslah sepanjang masa makan, memang payah la nak nengok dia senyum (Haaa cuba tengok gambar bawah, mana da senyum kan). Tak habes-habes bagi ayat sedeh dia "Ahhh, korang bolehla senyum". Gila babeh sayu punya ayat.



Berdiri: Poji, Tajol, Farhan, Najwa, Aku, Nadia
Duduk: Looi, Su Ying, Kak Intan, Liew










Cukup la Poji oi, toksah drama lebeh-lebeh ;)

Monday, January 17, 2011

Banyak yang nak tulis. Tapi tunggu la aku siapkan final repot praktikal ni dulu. Cerita farewell party, hari-hari terakhir di Celestica, ekspedisi Sedim.

Buat member-member yang sedang menuju ke Bandung, selamat pergi dan selamat pulang okayh.





Till then, Assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails